Ibu Ayah Naik Moto Siang Malam Cari Anak Gadis Yang Hilang , 13 Hari Tak Balik Rumah.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai dliesa.irdnaa apabila memuat naik beberapa gambar

kegigihan orang tuanya menaiki motosikal berpuluh kilometer demi mencari adiknya yang tidak pulang kerumah sejak beberapa minggu yang lalu.

Mak ayah naik motor cari adik

Ujarnya, adik perempuannya telah menghil4ngkan diri sejak 13 hari yang lalu dan sejak hari itu ibu bapa mereka tidak pernah berputus asa mencari gadis berusia 15 tahun berkenaan dengan menaiki motosikal.

“Jangan ajarkan ibu ayahku erti kesabaran, mereka sanggup berulang alik dari Kluang ke Simpang Renggam turun ke kelapa sawit Kulai semata-mata untuk mencari adik aku yang dah 13 hari tak balik rumah,” tulis pengguna TikT0k berkenaan.

Rep0rt dah tiga kali buat

Dalam hantaran Tikt0k dliesa.irdnaa yang lain, dia menyatakan yang tiga laporan p0lis sudah dibuat namun belum ada sebarang petunjuk menyatakan lokasi adiknya berada.

Ujarnya, setiap kali menerima khabar tentang keberadaan adiknya, ibu dan ayah akan segera menaiki motosikal bergegas ke lokasi dinyatakan tanpa berfikir panjang.

Seb4k tengok perjuangan ibu ayah

Susulan daripada itu, dia meminta agar mana-mana pihak yang berada berhampiran kawasan berkenaan dapat menghubungi mereka andai terlihat adiknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudah dan berharap supaya remaja terb4bit terbuka hati untuk pulang ke pangkuan keluarga semula.

Dunia luar tak seperti yang kita sangka dik

Baliklah dik, kesian ibu jatuh air mata

Semoga hatinya terbuka untuk pulang

Sumber: TikT0k dliesa.irdnaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *