Ibu Allahyarham Shahrul Kamal Cerita Kisah Sehari Selepas Insiden , Rasa Angin Sepoi-Sepoi Bahasa”Tak Mimpi Tapi Terasa Dia Ada”
Ibu kepada juruterbang yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, melahirkan kesyukuran apabila urusan perjalanan terakhir anaknya dipermudahkan.
Menurut Mahanom Ismail, 67, dia tidak menyangka jnazah anaknya iaitu Allahy4rham Shahrul Kamal Roslan, 42, dapat disempurnakan lebih awal daripada yang dimaklumkan sebelum ini.
“Syukur Alhamdulillah hari ini selesai semua… kita tertunggu-tunggu dari Khamis, jadi hari ini dah selesai, Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Gombak, pada petang Ahad.
Bercerita lebih lanjut, Mahanom sempat berkongsi satu peristiwa yang dialaminya sehari selepas Allahy4rham m4ut dalam nahas berkenaan.
“(Saya) tak bermimpi (mengenai arwh) tapi ada rasa macam dia ada. Malam hari Jumaat, masa tu tengah mengemas, datang angin sepoi-sepoi bahasa. Rujuk dengan ustazah juga… mungkin ada katanya.
“Allahy4rham anak yang baik sangat, pertuturan bahasanya baik, suka bagi nasihat.
“InsyaAllah dia ada tempat terbaik. Apabila tengok cuaca hari ni, daripada panas, mendung tiba-tiba turun hujan,” ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat anaknya.
Allahy4rham Shahrul Kamal Roslan selamat dikebum1kan kira-kira pukul 2.30 petang tadi dalam suasana hujan lebat dan disaksikan sekitar 200 ahli keluarga dan kenalan.
Terdahulu, jnazah disolatkan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang sebaik sahaja dituntut ahli keluarga di Jabatan F0rensik Hspital Tengku Ampuan Rahimah.
Jnazah kemudian dibawa ke kediamannya sebelum ke Masjid Kampung Klang Gate Baru bagi solat jnazah kali kedua.
Allahy4rham Shahrul Kamal adalah salah seorang daripada 10 individu yang m4ut dalam nahas pesawat terhempas berdekatan kawasan perumahan Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
Mngsa lain dikenal pasti sebagai juruterbang Heikal Aras Abdul Azim; penumpang iaitu Adun Pelangai Datuk Seri Johari Harun, Kharil Azwan Jamaludin,
Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.
Seorang pemandu e-hailing dan seorang pekerja penghantaran makanan turut terbunuh apabila pesawat itu terhempas. Mereka dikenal pasti sebagai Sharipuddin Shaari dan Muhamad Hafiz.
Sumber:mstar