“I Tak Dapat Jadi Pom Pom Girl , Push Sayang Push” Suami Mninggal Seminggu Sebelum Isteri Bersalin , Guruan Arwh Jadi Kenyataan.

Wanita berdepan ujian besar apabila terpaksa bertarung ny4wa sendirian tanpa suami di sisi ketika melahirkan anak.

Menurut Nur Hanani Elias, lebih mem1lukan suaminya dijemput Ilahi pada 14 Disember 2020 akibat serangan s4kit jantung iaitu seminggu sebelum dia melahirkan anak kedua mereka .

Nur Hanani atau Nanie mengimbas kisah perit yang berlaku hampir tiga tahun lalu namun masih meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

“Suami hidap peny4kit jantung. Namun pada hari arwh mninggal tu dia nampak sihat je.

“Dia tak mengadu sesak nafas atau s4kit dada malah boleh solat asar macam biasa. Tapi hari yang sama tu dia rebah pukul 6.10 petang.

Nanie berkongsi kisah mengenai kemati4n suami yang dirindui sehingga kini.

“Masa tu dia nak mandi, tiba-tiba dia mengadu s4kit dada. Terus dia tumbang. Pukul 6.45 ambulans sampai dan sahkan dia dah mninggal. Sekejap sangat semua tu berlaku,” ujarnya .

Menurut Nanie, pada ketika itu dia bagaikan tidak percaya mengenangkan anak yang masih di dalam kandungan tidak sempat berjumpa dengan bapa sendiri apabila dil4hirkan pada 21 Disember 2020.

Terdahulu Nanie berkongsi kisah dukanya berjuang melahirkan anak ketika masih berduk4 atas pemergian suami tersayang ke ‘negeri abadi’.

Cerita kesusahannya mengawal emosi, memujuk hati sendiri serta pada masa sama terus menyayangi dua zuriat yang ditinggalkan arwh suami mengundang sebak warga maya hingga perkongsian di TikT0k meraih lebih 228,000 tontonan setakat ini.

Bercerita lanjut, Nanie berkata air matanya terus gugur apabila terpaksa melalui proses bersalin di hospital tanpa suami, Allahy4rham Hassanul Hakimi Ahmaddin yang mninggal pada usia 30 tahun.

Lebih mengundang sebak apabila Nanie menerima soalan mengenai suami sewaktu dia mahu bersalin.

“Masa saya bersalin tak ada siapa teman. Ibu bapa saya kena jaga anak sulung saya yang berusia setahun setengah pada masa tu. Sebelum ke labour room ada nurse minta telefon suami.

“Saya beritahu yang suami saya dah mninggal dunia. Semua dekat situ terkedu dan terdiam. Bergenang air mata sebab memang tak okey tapi saya tak sabar nak jumpa baby.

“Masa tu teringat ayat arwh suami sebelum ini… ‘Nanti you bersalin, I tak dapat la jadi pom pom girl. Push sayang push. Harraz (anak sulung) dulu boleh la. Yang ni tak dapat’,” katanya yang hanya sempat merasai nikmat berumah tangga selama dua tahun empat bulan.

Tempoh berpantang anak kedua dulu saya bermain dengan emosi… tapi lega ada orang sekeliling yang prihatin.

Menurut Nanie yang merupakan stokis produk makanan tambahan sebuah jenama terkenal itu lagi, dia bersyukur dikurniakan ibu bapa yang sentiasa ada di belakangnya dalam mengharungi setiap ujian.

“Syukur sangat, walaupun banyak halangan tapi dengan kuasa Allah bayi berjaya dilahirkan.

“Masa mengandung dan beranak sebelum ni semua keperluan makan dan pakai suami sediakan tapi sekarang saya ada ibu bapa yang banyak bantu.

“Masa awal-awal tak ada suami tu memang susah nak uruskan semua hal sendiri. Tapi keluarga sendiri dan mentua banyak bantu sampailah sekarang,” katanya.

Ujar wanita yang berasal dari Terengganu itu lagi, dia bersyukur apabila urusannya sentiasa dipermudahkan lebih-lebih lagi ketika di awal fasa menjadi seorang balu.

“Tempoh berpantang anak kedua dulu saya bermain dengan emosi. Tapi lega ada orang sekeliling yang prihatin dengan keadaan saya masa tu.

“Saya ingat lagi masa anak sulung tak boleh tidur dulu, saya selimutkan dengan kain pelikat terakhir yang arwah suami pakai. Barulah Harraz boleh tidur lepas tu.

“Sebenarnya anak nombor dua memang muka dia saling tak tumpah dengan arwh suami. Rupanya Allah ambil suami tapi gantikan dengan anak kedua yang muka, rambut, cara makan dan tidur sampai posisi duduk pun sama,” katanya.

Sumber:Mstar