Hilang Selera Makan Dan Nampak Makin Kurus , Puteri Sarah Minta Peminat Doakan Bella Astillah

Kemelut rumah tangga yang sedang dilalui Bella Astillah memberikan kesan cukup besar buat pelak0n itu sehingga dia dikatakan hilang selera makan dan tidak mampu tidur lena.

Perkara itu dikongsi oleh rakan artis iaitu Puteri Sarah Liyana yang turut memaklumkan fizikal Bella juga kelihatan berbeza selepas kontroversi memb4bitkan suaminya menjadi bualan hangat.

“Dia masih tidak boleh terima apa yang terjadi. Dia tidak boleh makan, tak boleh tidur. Dia kurus sangat,” katanya.

Puteri Sarah memberitahu perkata itu dalam sesi siaran langsung di laman TikT0k ketika dia sedang melakukan jualan produk.

Dalam pada itu, Sarah turut memohon orang ramai mendoakan Bella supaya kuat berdepan ujian berkenaan.

“Pada hari pertama Ramadan ini , jom sama-sama kita mendoakan Bella Astillah. Semoga dipermudahkan semua urusan.

“Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja..semoga dia kuat dan tabah,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata peminat turut meluahkan rasa simpati terhadap Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, selepas kecoh isu suaminya iaitu pelakon Aliff Aziz ditangkap berkhalwat pada Sabtu lalu.

Aliff ditah4n oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Bella juga dikhabarkan menarik diri dari terlibat dengan penggambaran drama Terjerat.

Mereka kemudian dibebaskan denga jaminan pada sekitar pukul 2 hari sama dan bakal did4kwa di Mahk4mah Syariah.

Sementara itu menerusi perkongsian di laman Ig sebelum ini, Bella memaklumkan dia menarik diri dari terlibat dalam penggambaran drama Terjerat yang turut menggandingkan Aliff serta Ruhainies sebagai watak utama.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *