Hilang Mood Tengok Ayah Baid4p Layan Anak Di Restoran . Tuan Kedai Pun Gagal Tunjuk Contoh Baik , Sinis Cakap Dengan Budak

Seorang lelaki bergelar bapa merupakan tulang belakang dalam setiap keluarga.

Namun, sebagai manusia biasa, seorang bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika memimpin isteri dan anak-anaknya.

Melalui satu video tular di TikT0k, seorang wanita menzahirkan kekecewaan selepas melihat seorang lelaki yang juga merupakan bapa berkelakuan bi4dab terhadap anak kecilnya ketika di sebuah restoran.

Menurut wanita itu, lelaki terb4bit menjawab dengan kasar soalan yang diajukan si anak, sehingga dia berasa sangat panas hati melihat situasi tersebut walau dari kejauhan.

“Ini hari Ahad, seharusnya kita bersantai tapi ada kelakuan seorang ayah ni yang buatkan aku terus hilang mood, aku tahan sabar je ni.

“Tadi kejadian dekat kedai makan, ada seorang anak ni, budak perempuan kecil, tanya dekat abah dia, sambal ni pedas ke tak? Lepas tu abah dia boleh jawab macam ni, mana aku tahu, bukan aku yang masak, ini bukan kedai aku.

“Aku terkedu, macam tu ke cara sepatutnya se0rang ayah jawab soalan anak, dah la ketika itu di tempat umum,” ujar wanita berkenaan.

Malah wanita itu bertambah terkesima apabila pemilk restoran tersebut kemudian menyampuk perbualan antara si bapa dan anak.

“Lepas tu tuan kedai pula masuk, dia cakap, adik, sambal kalau tak pedas bukan sambal namanya. Kurang ajar betul mereka bercakap dengan budak macam tu.

Bapa boleh bercakap dengan nada macam tu dekat anak, tapi kalau anak buat benda sama, terus dicop anak derhaka.

“Tolong la jangan buat perangai macam ni lagi ayah-ayah di luar sana, rosak mood aku tengok,” ujar wanita tersebut sambil menggeleng kepala.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkata situasi sedemikian adalah perkara biasa dalam sesetengah keluarga.

“Golongan bapa memang selalu macam tu. Kalau waktu hari keluarga, ketika keluar bercuti atau bersiar, mestiilah tiba-tiba ayah ni akan jadi terpaling bad mood entah kenapa.

“Sekarang kita anggap benda ni biasa dan tak bawa sebarang akibat, tapi percayalah, apabila anak tu membesar dan lihat rakan sebaya lain dilayan dengan lemah lembut oleh ibu bapa mereka, memang berkecai hati ni mengenang semula.

“Bapa boleh bercakap dengan nada macam tu dekat anak, tapi kalau anak buat benda sama, terus dicop anak derh4ka. Dan mak-mak pun ada yang berperangai macam ni ya,” kata warga maya.

Sumber:HM