Harapan Pakcik Ni Berkecai , Baki Dalam Akaun Bank Hanya RM14 . Tiba-Tiba Muncul Hamba Allah , Baik Hati Hulur Duit Buat Belanja.

Setiap seorang daripada kita berdepan dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Ramai yang hidupnya senang namun ada juga terp4ksa mengharungi liku-liku dan hanya meneruskan kehidupan secara ala kadar.

Begitulah perkongsian yang menginsafkan ramai daripada seorang wanita di Fb tentang seorang lelaki lanjut usia yang hidup susah.

Dalam hantaran itu, wanita tersebut berkata hatinya tersentuh tatkala memulakan bicara dengan individu berkenaan.

“Ya Allah, sedih betul tadi pergi bank… pakcik tepi aku ni check baki dalam akaun dia ada RM14 je. Mulanya saya saja-saja tanya pakcik buat apa datang bank.

“Dia kata nak cuba tengok kalau dalam bank dia ada masuk duit atau tak. Tapi rupanya ada RM14 je tinggal. Dia siap cakap baru ingat nak keluarkan duit untuk belanja. Nampak sedih riak wajah dia.

“Aku rasa kesian sangat, tambahan pula tengok pakcik tu jalan macam larat tak larat je. Aku ringankan tangan bagi duit belanja dekat pakcik tu,” kata wanita tersebut.

Menurutnya lagi, reaksi pakcik tersebut apabila menerima sedekah duit belanja itu membuatkan hatinya bertambah sayu.

“Berair air mata dia ambil duit belanja aku, sambil tu dia doakan aku juga. Selepas tu, dia jalan perlahan-lahan untuk keluar dari bank.

Sebenarnya ini adalah ujian untuk pakcik tu dan juga untuk kita, Alhamdulillah sis sudi berkongsi rezeki.

“Nampak betul tak bermaya pakcik ni, dengan wajah sugul dia yang membuatkan aku sentiasa rasa bersimpati. Aku tak sampai hati tengok keadaan dia begitu, aku pergi kejar balik pakcik tu.

“Aku tambah lagi duit untuk pakcik, nampak bersyukur tak terhingga sampai bergenang air mata dia. Betul berterima kasih, dia teruskan lagi berdoa untuk aku,” imbas wanita itu lagi.

Wanita tersebut kemudiannya mengakui keadaan ekonomi hari ini yang sempit boleh membuatkan ramai terdesak.

“Sedih apabila fikirkan balik, anak zaman sekarang pun ramai tak mampu bagi duit dekat mak ayah sebab semua susah,” kata wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui tentang kesulitan hidup masa kini.

“Itulah realiti hari ini, gaji RM1,500 hidup dekat Kuala Lumpur memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi walau sekecil mana pun gaji kita, cuba la untuk hulur sedikit dekat ibu bapa.

“Apabila tengok daripada belakang, pakcik ni ada iras macam arwah ayah aku, sedihnya rasa. Terima kasih sis sebab sudi tolong pakcik tu.

“Sebenarnya ini adalah ujian untuk pakcik tu dan juga untuk kita, Alhamdulillah sis sudi berkongsi rezeki. Semoga semakin berjaya pekerjaan atau perniagaan sis,” kata sebahagian warga maya.

Sumber:Hm