Hanya Terima Jnazah Isteri , Lelaki Ini Ralat Tak Sempat Jumpa Arwh Hingga Nafas Terakhir .
Berkongsi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp menerusi media sosi4l kini semakin popular dan menjadi ikutan ramai.
Seorang lelaki tidak terkecuali melakukan perkara sama dengan berkongsi hantaran menunjukkan perbualan mesra bersama isteri tercinta yang pasti akan dirindui selamanya.
“I nak tidur dah ni,” demikian tulis si isteri ringkas.
Namun tiada siapa menyangka, itulah antara perbualan sepanjang dua minggu terakhir isterinya sebelum dia pergi buat selamanya.
Satu-persatu tangkap layar mesej WhatsApp pasangan itu dikongsi di TikT0k, sehingga mengundang sebak ramai netizen.
Berkongsi cerita kepada mStar, Mohd Nazzrul Rahman Myrlizam berkata, isterinya, Nurul Naquiah Saiful Anuar mninggal dunia kerana menghidap peny4kit Hipertensi Arteri Pulmonari pada 5 Disember 2021 sewaktu berusia 32 tahun.
“Saya berkongsi perbualan terakhir bersama arwh isteri apabila mendengar lagu Crying City oleh Urn yang sering kali muncul di timeline di Tikt0k.
“Ramai pengguna berkongsi perbualan mereka dengan orang-orang tersayang. Jadi, terdetik hati saya untuk melakukannya juga,” katanya .
Untuk rekod, Hipertensi Arteri Pulmonari ialah tekanan darah tinggi dalam arteri pulmonari dan cabang- cabangnya. Saluran darah ini membawa darah dari jantung ke paru-paru.
Menurut portal Pendidikan Pesakit MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, peny4kit Hipertensi Pulmonari Primer jarang berlaku.
Ia dihidapi oleh wanita lebih kerap daripada lelaki dan peny4kit ini mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik dan boleh diwarisi.
Dikenali sebagai Ayul Rahman, lelaki berusia 37 tahun itu berkata perbualan dikongsikan itu merupakan mesej sewaktu isterinya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
“Dari wad unit dependensi tinggi (HDU) dan hari terakhir ke wad biasa, keadaan kesihatannya semakin baik.
“Setiap kali hantar mesej di WhatsApp atau panggilan video, isteri tak menunjukkan tanda-tanda dia akan meninggalkan saya,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Mengimbas kembali, jurugambar perkahwinan profesional itu menyifatkan wanita yang dikahwininya pada 25 September 2015 itu sebagai baik, tegas dan begitu disenangi ramai.
“Arwh suka menggembirakan adik-beradik dan anak-anak kawan kami. Sifat keibuan dia begitu tinggi, tapi kami tiada rezeki untuk ada anak sendiri.
“Kami sebenarnya dalam proses melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) di hspital tapi terpaksa dihentikan disebabkan peny4kit itu,” katanya sambil menambah terlalu banyak kenangan suka dan duka sejak mula mengenali isterinya yang merupakan eksekutif pentadbiran pada 2009.
Dalam pada itu, Ayul Rahman turut berkongsi pengalaman mengenai penyakit Hipertensi Pulmonari yang dialami isterinya.
“Pengalaman menjaga pes4kit Hipertensi Pulmonari tak susah macam penyakit kronik lain. Sebab kalau kita tengok keadaan fizikal memang macam tiada penyakit kronik.
Dua minggu terakhir tu tak dapat jumpa… sehingga sekarang saya masih menanggung rindu.
“Yang susah ketika itu adalah mencari kos perubatan untuk penyakit ini yang begitu tinggi. Sebulan peruntukan untuk ubat arwh isteri saya mencecah RM9,000.
“Alhamdulillah dari 2019 hingga arwah meninggal, tak putus-putus rezeki kami,” katanya yang turut merupakan streamer di Facebook gaming.
Mengakui masih bersedih, Ayul Rahman turut mengakui dia didiagnosis menghidap minor depression disorder (MDD) yang mana kini dalam rawatan dan perubatan.
Lebih menyedihkan apabila dia kehilangan bapa tercinta pada 7 Julai lalu akibat masalah paru-paru sehingga memberi kesan kepada kemurungannya.
“Paling rindu adalah kasih sayang daripada arwah. Pesanan saya, sayangilah pasangan selagi mereka ada di sisi kita sebab apabila dah tiada, s4kit tu hanya Allah sahaja yang tahu.
“Jadi, banyakkan ambil gambar dan video pasangan anda untuk dijadikan memori apabila mereka tiada nanti,” katanya lagi.
Sumber:HM