Hanya Sempat Belai Sebulan , 16 Tahun Tunggu Zuriat Lelaki Kehilangan Bayi Kembar 4 Dan Isteri Dalam Serangan B0m Isr4el.

Selepas 16 tahun penantian zuriat, seorang bapa, Fadi Khaled Al-Baba diuji hebat apabila bayi kembar empatnya menjadi k0rban kekej4man tenter4 Zio nis dalam insiden pengeb0man di Gaza.

Selain empat bayi, Fadi turut kehilangan isterinya, Wafaa Abdul-Khaliq Al-Sweirki dalam serangan Isr4el, beberapa hari lalu.

Fadi dan Wafaa baharu menyambut kelahiran kembar empat mereka pada 7 September lalu.

Keempat-empat bayi tersebut yang diberi nama Khaled, Abdul-Khaliq, Mahmoud dan Maha, terkorban bersama Wafaa apabila kediaman mereka di kejiranan Sheikh Radwan di Gaza, menjadi sasaran b0m Israel.

Salah seorang saudara kepada Fadi, Yafa Abu Aker ketika ditemubual media tempatan berkata, Fadi dan Wafaa dikurniakan empat orang bayi kembar selepas bertahun-tahun menunggu dengan penuh kesabaran.

“Dia (Fadi) tidak bercakap tentang apa-apa selain anak-anaknya. Dia tidur dan bangun di sebelah mereka,” katanya.

Fadi tabah mengebumikan jnazah keempat-empat bayi dan isterinya meskipun serangan udara Israel di kejiranan Sheikh Radwan masih berterusan.

Sehingga kini, angka kemati4n di Gaza direkodkan melebihi 4,000 orang. -Watanserb

Sumber:mstaronline