Suami hilang ingatan dan terlantar… Wanita ini ralat, hanya mampu mengadu pada Allah dari jauh harap akan ada keajaiban
Berjauhan dengan orang tersayang pastinya memilukan.
Tambahan pula insan itu adalah suami sendiri yang kini sedang terlantar sakit dan hanya mampu terbaring di atas katil.
Melalui satu video tular di laman TikT0k, seorang wanita memanjatkan sepenuh pengharapan agar si suami diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala.
Bercerita , Siti Nur Qholeeda, 21, atau senang disapa Qal berkata suaminya mengalami kecederaan par4h di bahagian kepala susulan terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Saya kahwin dengan suami pada 19 Ogos tahun 2023. Lima bulan selepas tu saya dan suami terlibat dalam satu kemal4ngan yang mengubah seluruh hidup kami.
“Masih segar di ingatan, ketika tu saya dan suami sedang dalam perjalanan untuk menghadiri ceramah agama di Stadium Hang Jebat, Melaka. Waktu tu kami agak kelam-kabut sebab dah lewat.
“Suami memandu, saya pula tengah bersiap dan bersolek sambil tengok cermin. Tiba-tiba semuanya melayang dan saya terhumb4n ke setiap arah seperti dalam mesin basuh.
“Apabila saya sedar je, saya nampak suami dekat sebelah dah berlumurah dar4h, badan dia okay tapi ada kecederaan pada kepalanya,” imbas Qal yang menetap di Ayer Keroh, Melaka.
Menurut Qal, siasatan mendapati kereta yang dipandu suaminya terbabas sendiri tanpa berl4nggar dengan sebarang kenderaan lain.
Seterusnya dalam keadaan diselubungi rasa panik, Qal cuba mendapatkan pertolongan orang awam untuk membantu suaminya.
Beberapa minggu sebelum kemalangan, saya perhatikan suami ekstra mesra dengan saya.
“Badan saya pun ada luk4-luk4 dan banyak dar4h pada badan. Saya cuba buka pintu kereta tapi tersekat, saya gunakan sepenuh kudrat saya untuk tolak pintu sampai terbuka.
“Apabila keluar je, saya terus panggil orang dekat kawasan sekitar untuk tolong suami. Mereka pun bantu bawa suami keluar dan seterusnya kami tunggu ambulans sampai. Waktu dalam ambulans suami masih boleh sebut nama saya.
“Paramedik cakap apa yang penting sekarang ni adalah untuk selamatkan ny4wa suami dulu. Sampai dekat Hspital Alor Gajah, doktor terpaksa tidurkan suami untuk stabilkan keadaan dia. Saya pun turut diberikan rawatan.
“Selepas pemeriksaan lanjut oleh doktor, rupanya saya patah tulang rusuk dan ada kecederaan pada bahagian kaki,” kata Qal yang merupakan seorang suri rumah dan membuat reviu di media sosi4l sebagai kerja sambilan.
Walaupun terlantar, linangan air mata jelas kelihatan pada wajah suami ketika Qal berbicara.
Namun sungguh remuk hati Qal apabila diberitahu tentang nasib suaminya akibat tr4gedi itu.
“Doktor cakap akibat hentakan yang kuat, otak belah kanan suami tertolak masuk ke belah kiri. Ada kemungkinan besar dia bakal hilang ingatan. Sekarang suami ibarat bayi, dia sedar tapi boleh pandang atas je.
“Tak banyak rawatan yang boleh membantu, suami sendiri yang kena kuat untuk melawan. Hanya dia seorang yang boleh kembalikan diri dia. Semakin hari berlalu, semakin saya ‘hilang’ suami saya.
“Memori kami bersama boleh terhapus begitu sahaja. Apa yang suami perlukan sekarang ni adalah keajaiban daripada Tuhan dan doa orang ramai,” kata Qal merayu.
Mengenang kehidupan sebelum terbabit kemalangan, Qal berkata dia dapat mengesan perubahan sikap pada suaminya.
“Beberapa minggu sebelum kemal4ngan, saya perhatikan suami ekstra mesra dengan saya. Dia selalu minta saya masakkan pajeri terung, makanan kegemaran dia sejak dulu lagi.
“Lepas tu dia kerap ajak saya pakai baju warna sedondon ke mana-mana kami pergi, tak kisah la nak pergi ke kedai runcit depan rumah sekalipun. Rindunya, Ya Allah pulangkanlah suami saya,” ujar Qal sebak.
Dalam pada itu, Qal memaklumkan suaminya kini dijaga oleh keluarga mentua dan kali terakhir dia bertemu dengan lelaki kesayangannya itu pada Syawal lalu.
“Wujud konflik antara saya dengan mentua tapi saya tak mahu ceritakan lebih lanjut tentang perkara tu. Saya cuma dapat jumpa suami apabila mereka beri kebenaran.
“Saya ikuti perkembangan terkini suami melalui video yang dimuat naik abang ipar di TikT0k. Saya hanya berdoa dari kejauhan semoga suami cepat sihat dan rumah tangga kami dapat dipertahankan,” kata Qal menutup bicara.
Sumber:Tiktok