“Hancur” Baru Seminggu Sampai Malaysia , GR Yaris Kansai Edition Milik Pelakon Pekin Ibrahim Total Lost Terlibat Kemal4ngan.
Pelakon terkenal, Pekin Ibrahim menyatakan yang dia pasrah apabila kereta jenis GR Yaris Kansai Edition ‘4ancur’ selepas terlibat dalam satu kemal4ngan kelmarin.
Baru seminggu sampai Malaysia
Difahamkan, kereta tersebut baru sahaja sampai dari Jepun lebih kurang seminggu dan dipandu oleh tiga orang rakannya semasa kejadian di Putra Height.
Menerusi video penjelasan Pekin di TikT0k dan juga di saluran YouTubenya, pelakon filem Imaginur ini menzahirkan rasa syukur kerana ketiga-tiga rakannya itu selamat walaupun ada diantara mereka yang mengalami keced3raan patah bahu.
Menerusi penjelasan itu juga, Pekin menyifatkan kereta jenis Yaris itu mengalami ‘total loss’.
Rakan2 yang pandu, mereka selamat
Namun begitu, dia juga berterima kasih kepada semua kerana prihatin dengan keadaannya memandangkan ramai yang bertanya khabar menerusi direct message (DM), WhatsApp dan juga panggilan telefon.
“Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada semua yang call, WhatsApp aku, yang DM aku bertanya khabar dan mendoakan benda yang baik-baik.
“Bukan hanya untuk aku, kita berharap doa yang baik-baik kepada sahabat-sahabat aku yang bawa kereta dan ada dalam kereta tu,” kata.
Masih belum tahu punca kej4dian
Setakat ini, dia memaklumkan belum lagi mengetahui punca sebenar kemal4ngan tersebut boleh berlaku memandangkan dia berlaku dalam sekelip mata.
Bangunkan dari ‘kosong’ di Jepun
Dalam pada itu, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 42 memberitahu yang kereta Yaris tersebut dibangunkan dari ‘kosong’ di Jepun bersama Kansai dan setiap proses ubah suai dir4kam bertujuan untuk kenangan.
Sayanglah benda dah jadi gini, siap ada sign Kansai dekat ‘dashboard. Tak apalah tak ada rezeki orang kata,” ujarnya.
Sehubungan dengan kejadian yang berlaku, suami kepada aktres Mona Allen itu meminta orang ramai untuk berhenti melemparkan t0hmahan diatas
kemal4ngan tersebut serta sempat menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan kenderaan.
Sumber: Pekin Ibrahim