Hampir 3 Tahun Tiada Tawaran Lakonan , Jalil Hamid Bergantung Dengan Sumbangan Orang Ramai . Enggan Susahkan Anak-Anak

Dekat tiga tahun tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran, pelakon Jalil Hamid memberitahu dia kini hanya bergantung kepada bantuan orang ramai sebagai sumber pendapatan.

Kata Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 66, bantuan tersebut bukan sahaja untuk membeli ubat-ubatan yang menelan belanja lebih RM1,000 setiap bulan, malah wang itu juga digunakan untuk perbelanjaan harian.

“Terus terang saya katakan dalam tempoh tiga tahun ini memang tiada pendapatan. Sumbangan yang diberikan orang itulah jadi lepaskan kepayahan,” katanya .

Jalil ditemui ketika majlis Selebriti Bersama Mufti yang dianjurkan oleh pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisham di kediaman mereka di Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Jalil sebelum ini pernah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hspital Serdang akibat masalah jantung.

Dia yang kini masih dalam proses rawatan bagaimanapun belum mendapat keputusan sebenar peny4kit yang dialami.

“Tahun lalu saya pernah jalani pembed4han dan sejak itu selalu rasa ses4k nafas. Doktor kata berkemungkinan jantung saya bengk4k. Namun masih belum dapat keputusan sebenar lagi.

“Dalam tempoh tiga tahun ini tahap kesihatan saya memang kurang baik. Namun sekarang beransur pulih dan ada sedikit tenaga untuk bergerak,” ujarnya.

Pelakon drama Ayahanda ini juga memberitau dia masih mahu untuk terus berlakon sekiranya tahap kesihatan mengizinkan.

Terus terang saya katakan dalam tempoh tiga tahun ini memang tiada pendapatan

Ini kerana dia enggan bergantung harap kepada enam orang anaknya kerana memahami kesukaran hidup mereka di bandar.

“Saya tidak mahu susahkan anak-anak. Saya tahu betapa sukarnya untuk menjalani kehidupan sekarang ini. Sewa rumah di bandar pun agak mahal.

“Kalau ditanya tentang berlakon mestilah saya masih mahu teruskan. Sebagai seorang pelakon sukar untuk saya tinggalkan kerjaya ini.

“Mungkin sekarang ini saya direhatkan. Produksi pun tidak panggil berlakon kerana mereka tahu keadaan saya,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan, Jalil turut menerima sumbangan daripada Lembaga Zakat Selangor selain bantuan rakan-rakan artis yang diserahkan melalui Diana dan Zamarul.

Sumber:mstar