Hajat Khai Bahar Ziarah Ibu Tak Kesampaian , Terlibat Kemal4ngan BMW Langgar Tayar Lori.

Penyanyi Khai Bahar berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis BMW miliknya terl4nggar sebiji tayar lori yang tiba-tiba muncul ketika sedang perjalanan pulang ke kampung halamannya di Perlis pada pagi Selasa.

Khai atau Muhammad Khairul, 29, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi ketika menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

“Ketika kejadian saya memandu seorang diri sebelum tiba-tiba saya terlanggar sebiji tayar lori yang berada di tengah jalan menyebabkan saya gag4l mengelak.

Khai terlibat dalam kemal4ngan semasa perjalanan pulang ke kampung.

“Alhamdulillah mujur ketika itu tidak banyak kenderaan lain dan saya tidak mengalami sebarang keced3raan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi lanjut mengenai ins1den itu, Khai berkata, BMW berwarna putih miliknya itu juga sudah dibawa ke bengkel untuk dibaiki malah sudah membuat laporan p0lis berhubung kejadian tersebut.

“Saya pun tak pasti lagi keadaan kereta macam mana… tetapi nampak macam ros4k sikit sahaja dibahagian bawah depan kereta. Sekarang kereta pun sudah ada dibengkel.

“Sementara menanti kereta siap, terp4ksa cari cara lain untuk pulang ke kampung,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khai menjelaskan dia pulang ke Perlis kerana ingin menziarahi ibunya yang kurang sihat selain membawanya ke hspital untuk menjalani pemer1ksaan kesihatan.

“Saya kerap balik ini pun sebab selagi ada kesempatan untuk berbakti kepada ibu, saya akan buat.

Khai usaha cara lain untuk pulang melawat ibu.

“Kereta rosak bukan mas4lah, Insya Allah ada cara lain dan akan cuba balik dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Khai berkongsi di IG Story miliknya yang memaklumkan dirinya terlibat dalam kemal4ngan semasa dalam perjalanan pulang memujuk ibunya ke hspital.

Sumber:mstar