Guna Hp Ikat Getah , Ibu Sarat Hamil Datang Ambil Beras . Cikgu Fadli Tak Banyak Tanya Terus Beri Sumbangan
Ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan menyaksikan ramai umat Islam mengumpul pahala dengan menggandakan amal ibadah.
Antara amalan yang sering dilakukan termasuklah sedekah dan pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan, kurang bernasib serta asnaf.
Badan-badan kebajikan turut rancak menghulurkan sumbangan kepada golongan sasar.
Perkongsian personaliti media sosial, Mohd Fadli Salleh mengenai salah seorang penerima sumbangan yang disantuninya ternyata meruntun jiwa.
Lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli, dia memberitahu setiap pemohon bantuan perlu menyertai grup WhatsApp yang disediakan bagi memudahkan urusan sumbangan.
“Semua orang keluarkan telefon, buka grup Agihan Ramadan. Tunjuk kat saya, ujarku kepada orang ramai yang nak datang ambil bantuan semalam.
“Memang cara kami, pemohon wajib join grup WhatsApp yang disediakan. Baru kami dapat jumlah yang tepat untuk buat agihan. Sebaik mereka sampai nak ambil barang bantuan, mereka kena exit grup tersebut.
“Jadi mereka tak boleh ambil kesempatan untuk datang berkali-kali. Juga dapat elak lebihan barang bantuan atau barang tak cukup,” tulisnya di Fb.
Bagaimanapun, kehadiran salah seorang pemohon meraih perhatian Cikgu Fadli sebaik telefon bimbitnya dikeluarkan yang mana banyak getah diikat pada gajet itu.
“Inilah rupa handphone itu. Diikat getah sekeliling dah. Aku rasa bateri kembung dah ni hingga tolak skrin keluar dari tapak phone.
“Dari phone mereka pun dah dapat agak taraf ekonomi keluarga mereka,” ujarnya yang baru-baru ini mengumumkan dirinya bersara awal selepas berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun.
Selain keadaan telefon pemohon yang daif, Cikgu Fadli turut terkesan dengan beberapa pemohon lain yang hadir untuk mendapatkan sumbangan kebajikan.
“Sebak juga lihat ada orang tua bertongkat datang nak ambil sekampit beras. Ibu sarat mengandung hampir sembilan bulan pun ada.
“Yang dukung anak kecil usia empat bulan pun ada semalam. Allahu… kita rasa susah, rupanya ramai lagi lebih susah dari kita,” katanya lagi.
Kalau rasa kita dah susah, ada insan lain yang lebuh susah daripada kita.
Terdahulu, Cikgu Fadli bersama pasukannya membuat agihan 2,000 kampit beras, 2,000 ekor ayam dan 2,000 pek kurma kepada asnaf dan penduduk miskin di kawasan sekitar Gombak dan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Cikgu Fadli turut memberitahu jualan harga Rahmah turut diperkenalkan kepada masyarakat
“InsyaAllah dua minggu lagi kami akan buat jualan ayam harga Rahmah pula. RM10 sahaja seekor. Jualan ni tak terhad pada asnaf ya. Semua orang boleh datang beli nanti.
“Yang betul-betul tak ada duit langsung nak beli ayam tu nanti, bisik-bisik pada team kami. InsyaAllah kalian takkan pulang dengan tangan kosong.
“Dua minggu lagi ya InsyaAllah. Harap kawan-kawan terus sokong usaha kami membantu masyarakat semampu kami,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh dengan kisah dikongsi Cikgu Fadli yang bersimpati dengan nasib dan keadaan penerima-penerima sumbangan.
“Kalau rasa kita dah susah, ada insan lain yang lebuh susah daripada kita. Moga team Dana Kita akan terus aktif dalam usaha membantu mereka yang lebih memerlukan.
“Tak tahu nak kata… rasa sebak, sedih, bangga, terharu. Saya selalu doa saya jadi macam cikgu dan team langsung tak takut nak memberi dan memberi,” komen netizen.
Sumber:Mstar