Guinea Pig Pernah Viral Ikut Gerak Geri Tuan Hembus Nafas Terakhir Ketika Live TikT0k.
Gelagat seekor guinea pig yang sering bersama-sama tuannya live di aplikasi TikT0k kerap menjadi perhatian.
Ikut gerak geri tuannya
Pengguna media sosi4l dikenali sebagai @at_bie juga tidak lokek berkongsi video-video kebersamaan mereka dan mendapat views yang agak tinggi memandangkan haiwan terbabit kerap mengikut gerak geri tuannya di hadapan kamera.
Habis nyawa ketika dalam live
Namun begitu, guinea pig atau tikus belanda yang bernama Kalbar berkenaan telahpun m4ti ketika mereka sedang bersiaran langsung malam tadi.
Difahamkan Kalbar memang sudah s4kit dan tuannya yang men4ngis sewaktu menjelaskan k0ndisi haiwan itu mengatakan sudah beberapa klinik haiwan dikunjunginya demi menyembuhkan haiwan kesayangannya itu.
Mak bersyukur sayang , dari kalbar datang dekat mak sampai kalbar pergi , mak ada disisi kalbar. Kalbar dah ramai buat orang happy lagi lagi mak sayang.
Simpan sini untuk mak dan lain untuk tidak lupakan kalbar sampai bila bila sayang. Kalbar tetap dalam hati mak sampai hembusan nafas mak , jumpa disana kalbar 🐹❤️
Terima kasih Kalbar hiburkan kami
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tumpang sedih dengan kehilangan Kalbar kerana tahu hubungan haiwan itu dengan tuannya begitu rapat.
Mereka juga sebak melihat Kalbar yang terlentuk tidak bermaya di bahu tuannya apabila menghembuskan nafas yang terakhir
Ramai men4ngis sama
Sedih pula tengok
Semoga Allah beri kekuatan tuan Kalbar
Sumber: TikT0k @at_bie,OMM