Genap 1 Tahun Kahwin Duda Anak 5 , Suami S4kit Dan Disahkan Demesia . Isteri Cekal Jaga Dan Cari Rezeki Teruskan Hidup.
Genap setahun berkahwin, takdir menentukan suami kepada wanita ini jatuh s4kit pada malam sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Menurut Azura Ali, 41, kisah gelap dalam rumah tangganya berlaku setelah genap setahun dia berkahwin dengan duda anak lima, Shamsir Shaari pada 2 Ogos 2020, yang mana suaminya terp4ksa dikejarkan ke hspital akibat s4kit kepala melampau.
Azura berkata suaminya mengalami pendar4han pada otak (brain aneurysm) dan mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosi4l (Perkeso) di Melaka.
“Suami betul-betul s4kit malam tu… dia dah tidur dalam pukul 10 tapi terjaga pukul 12 malam dan k3jutkan saya minta hantar pergi klinik. Dia dah tak tahan s4kit kepala.
“Masa saya siap nak pergi klinik suami dah tak sedarkan diri. Terus saya call 999 (talian kecemasan). Rupanya suami ada pendar4han dalam otak.
“Dua minggu suami tak sedarkan diri masa dapatkan rawatan di Hspital Kuala Lumpur (HKL). Dia terp4ksa lakukan pemb3dahan di kepala untuk pulih semula,” ujarnya mengimbas kejadian pada 2021.
Selepas pembedahan menutupi bahagian salur d4rah pec4h berjaya dilakukan, suaminya yang sebelum ini terlantar sebulan di HKL dibenarkan pulang.
Memandangkan pada ketika itu mereka sukar untuk berulang alik ke HKL, fisioterapi hanya dibuat di rumah di Melaka bagi membantu suaminya berjalan semula.
Kecekalan Azura yang merupakan suri rumah menjaga suaminya yang menghidap peny4kit ‘tiada ubat’, demensia sering dikongsikan di platform TikT0k sehingga mendapat perhatian ramai.
“Suami masih terbaring sebulan lebih dan masih tak boleh duduk lepas keluar wad. Saya bantu dia buat latihan sendiri di rumah saja seperti belajar duduk, naik kerusi roda dan berjalan.
“Memang f0kus nak bagi dia berjalan saja sebab senang nak buat pemer1ksaan berkala dekat HKL. Tapi hujung 2021 suami kena tahan semula di HKL sebab badan lemah.
“Kami dah tak ada pilihan jadi d0ktor cadangkan masukkan suami dekat pusat rehabilitasi Socso di Melaka. Selepas dua bulan dekat sana, d0ktor kesan yang memori suami jadi lemah dan alami demensia,” ujarnya.
Keadaan Shamsir apabila semakin pulih dan boleh menguruskan diri sendiri.
Oleh kerana kedua-dua mereka tidak lagi dapat bekerja, Azura membawa suami pulang menetap di kampungnya di Negeri Sembilan.
Mengakui agak sukar menyesuaikan diri pada mulanya hidup di kampung lebih-lebih lagi untuk berulang alik ke Kuala Lumpur, Azura bersyukur apabila adik beradik banyak membantu selama suaminya sakit.
Bercerita mengenai keadaan suaminya sekarang, Shamsir yang dahulunya merupakan penyelia logistik mengalami masal4h ingatan (short term memory loss) sehingga kini.
Sebagaimana dikongsikan dalam video tular di TikT0k, suaminya kelihatan semakin pulih berbanding dahulu namun tidak sepenuhnya.
“Ada perkara dia ingat, ada yang tak. Tapi kebanyakannya memori lama-lama dia masih ingat. Dia masih kenal anak-anak cuma otak dia hanya ingat yang mereka masih kecil. Dia tak ingat anak-anak sudah dewasa.
Rindu suami masa dia sihat dulu… cuma dengan kondisi dia sihat macam dulu mungkin makan masa.
“Anak-anak semua duduk dengan bekas isterinya dekat Petaling Jaya. Waktu cuti saja kami akan melawat mereka. Kalau hari-hari biasa kami cuma akan buat panggilan video saja untuk berinteraksi.
“Sekarang saya lega dan bersyukur bila tengok suami boleh uruskan diri sendiri. Dia boleh bantu saya buat kerja rumah yang mudah-mudah.
Contohnya lipat dan sidai kain, bagi kucing makan dan basuh pinggan. Saya siap boleh minta dia pergi kedai beli barang sendirian,” katanya lagi.
Dia yang mencari rezeki dengan berniaga dalam talian akur dengan ujian diberikan Allah.
Jika diteliti pada ruangan komen video-video dikongsikan, sememangnya ramai yang memuji ketabahan Azura dalam menjaga suami yang s4kit.
Walaupun merindui suami yang ‘dulu’, Azura akur dengan takdir Allah.
“Rindu suami masa dia sihat dulu… cuma nak sihat macam dulu mungkin makan masa. Masa sihat dulu, Shamsir ni serius orangnya. Jarang nak gelak ke bers3dih ke.
Sejak baik (pulih) daripada s4kit ni, melawak saja memanjang. Bila tengok orang lemah dari dia, dia akan sed1h sebab cepat sensitif.
“Suami pun sekarang dah berstatus 0KU (Orang Kurang Upaya) tapi kami tak dapat apa-apa bantuan. Walaupun demensia tak ada ubat untuk pulih saya bersyukur sangat sekurang-kurangnya dia dah boleh urus diri sendiri.
“Selebihnya kami semua masih boleh happy dengan keadaan dia sekarang. Semua orang sentiasa p0sitif sebab kalau saya ‘down’ macam mana pula nak jaga dia,” ujarnya.
Sumber:mstar