Gaji Suami RM 1,500 Isteri Berkorban Demi 3 Anak, Usaha Keluarkan Susu Badan ,Guna Lampin Biasa ..Tiada Duit Sendiri

Pengurusan kewangan sememangnya penting dalam setiap keluarga untuk merancang perbelanjaan dan mengelakkan berlakunya ‘poket kering’ sebelum hujung bulan.

Bagi isi rumah yang berpendapatan rendah atau sederhana, sudah tentu mereka perlu bijak merancang perbelanjaan bulanan dengan mengutamakan perkara penting khususnya keperluan anak-anak.

Perkongsian oleh seorang wanita di laman grup B40 Buat Perangai Apa Hari Ini mengundang perhatian warga maya, apabila dia menyenaraikan perbelanjaan bulanan dengan gaji yang diperoleh suaminya hanya RM1,500.

Berdasarkan perkongsian tersebut, wanita berkenaan menyenaraikan jumlah perbelanjaan keluarganya setiap bulan dengan menggunakan wang gaji bersih suaminya berjumlah RM1,335 selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Antaranya bayaran sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebanyak RM124, belanja dapur RM400, bil utiliti RM70 dan belanja sekolah anak sebanyak RM92 untuk dua orang.

Menurut wanita tersebut yang mempunyai tiga anak, dua anaknya yang sudah bersekolah akan membawa bekal makanan setiap hari selain mendapat program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Begitu juga dengan suaminya yang turut membawa bekal ke tempat kerja.

“Nasib baik juga suami tak merokok, jadi jimat dekat situ.

“Lampin pakai buang bayi RM0. Sedar diri tak mampu beli, pakai lampin cotton je. Basuh setiap hari.

“Susu baby RM0. Fully breastmilk. Tiga minggu selepas baby lahir tak ada susu badan, tapi paksa juga sampai keluar sebab sedar diri tak mampu beli susu formula,” tulisnya yang merupakan seorang suri rumah.

Walaupun begitu, wang gaji suaminya masih berbaki RM258.60 dan ia dijadikan simpanan setiap bulan.

“Biasanya (simpanan) guna untuk beli barang cash, tak berani installment. (Juga) untuk bayar insurans kereta motor, roadtax, maintenance kereta motor, bercuti setahun dua kali di tempat bajet, balik kampung, beli baju raya murah.

“Hasil saving sebelum ini dah dapat beli kereta Kancil, dua motor, peti sejuk, mesin basuh, kipas, perabot dan lain-lain secara cash.

“Nafkah isteri? Tak perlu sebab serba serbi dah cukup. Lagipun suami tak guna duit sangat. Tak adil isteri ambil duit sedangkan suami cuma bawa bekal dan guna duit untuk minyak motor.

“Masing-masing berkorban untuk keselesaan anak-anak. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.

Hebat gaji macam tu ada family, ada anak… tak dapat bayang macam mana mereka boleh survive.

Sebahagian netizen meluahkan rasa kagum dan menyifatkan suami wanita berkenaan amat beruntung kerana mempunyai seorang isteri yang diibaratkan satu dalam 1000.

“Kalau dapat isteri macam ni tapi masih fikir nak curang, baik jangan kahwin. His wife is one in a million.

“Salute kat isteri dia basuh lampin anak-anak, bagi fully susu badan, tak minta nafkah, sediakan bekal suami dan anak-anak tiap-tiap hari,” komen mereka.

Namun sebahagian netizen lain menyarankan supaya suami wanita berkenaan mencari pekerjaan lain yang mampu meningkatkan kadar pendapatan bulanan demi keselesaan keluarga.

“Diharapkan suami dapat cari kerja lain supaya dapat bagi sikit duit dekat isteri pula sebab penatnya buat kerja rumah demi kesenangan bersama

“Sikit sangat RM1,500. Benda banyak di luar jangka sekarang. Anak sakit, isteri demam, tetamu tiba-tiba datang, emergency nak balik kampung, ibu ayah sakit, kereta rosak dan macam-macam lagi.

“Hebat gaji macam tu ada family, ada anak… tak dapat bayang macam mana mereka boleh survive,” demikian antara komen netizen.

Sumber:FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *