Gadis Tunaikan Hasrat Arwh Bapa , Adik Teresak-ESak Di Majlis Konvo . Tak Putus-Putus Peluk Cium Frame Gambar Arwh.
Jatuh air mata seorang anak sejurus melihat gambar arwh bapa pada hari graduasinya di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Ahad..
Menurut kakaknya, Sayyidatun Nadia Syakila Samsul Bahari, 27, rancangan itu dibuat bagi memenuhi hasrat arwh bapa yang mahu meraikan kejayaan adiknya.
Sayyidatun Nadia Syakila berkata dia mendapat idea untuk membuat kejutan itu kerana adiknya, Sayyidatun Mawaddah begitu manja dan rapat dengan arwh.
“Tahun lepas, baba (panggilan bapa) ada janji nak datang konvokesyen adik perempuan bongsu kami ni tapi tak kesampaian. Baba mninggal secara mengejut pada Oktober tahun lalu.
“Adik selalu sebut ‘kalaulah arwh baba ada mesti dia orang paling gembira’ sebab dia (adik) akhirnya habis juga belajar walaupun selalu kena ‘push’. Dulu baba yang selalu bagi nasihat supaya terus berusaha walaupun susah.
“Nak tak nak, adik memang bersusah payah belajar demi penuhi impian baba. Jadi bila dia selalu sedih cakap fasal ni, saya pun tempahlah bingk4i gambar arwh supaya dia rasa macam baba ada bersama,” katanya.
Sebagaimana dapat dilihat dalam rakaman, adiknya jelas tidak dapat menahan air mata setelah membuka kertas pembalut bingkai gambar itu.
Mesra disapa Nadia, dia yang berasal dari Tumpat Kelantan berkata adiknya yang dipanggil Mawaddah itu sangat terkejut kerana tidak menyangka langsung akan menerima kejutan seperti itu.
Nadia yang merupakan anak keempat daripada lapan adik beradik berkata bapanya, Samsul Bahari Kadir mninggal dunia pada usia 58 tahun dan menghidap s4kit kencing manis serta darah tinggi.
“Sebagai kakak mestilah akan sedih kalau adik bersedih. Jadi saya cuba juga sebaik mungkin buat sesuatu yang membuatkan dia rasa kehadiran baba di majlis konvokesyen walaupun hanya dengan sekeping gambar.
“Baba pun dulu selalu sebut nak tengok anak perempuan bongsu dia ni naik pentas terima sijil. Kami pula memang semua rapat dengan baba jadi memang faham sangat kesedihan adik masa tu, apatah lagi bila tengok graduan lain yang diraikan bapa.
Baba pun dulu selalu sebut nak tengok anak perempuan bongsu dia ni naik pentas terima sijil.
“Paling sedih baba meninggal masa dia tengah dalam keadaan sihat (baik). Sebab tu kami satu keluarga tak sangka dan tak bersedia untuk kehilangannya,” imbasnya.
Untuk rekod, video dikongsikan oleh Nadia turut meraih perhatian ramai setelah dimuat naik di TikT0k.
Rata-ratanya turut meluahkan rasa sedih apabila melihat graduan jurusan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini menangis teresak-esak sambil mencium foto arwh bapa yang dirindui.
Dalam kesempatan itu, Nadia menitipkan pesanan dan doa agar adiknya meneruskan kerjayanya dalam bidang yang bakal diceburi sebagaimana impian arwh terhadapnya.
Sumber:JM