Gadis Pemandu Lori Ada Degree, Bukti Wanita Pun Boleh Buat Kerja Lelaki
Tidak dinafikan, ada sesetengah graduan yang pernah melalui fasa sukar untuk mencari pekerjaan bukan?
Namun semua itu mempunyai faktor masing-masing. Ada yang disebabkan bidang atau jurusan ada juga yang disebabkan graduan bersifat memilih.
Lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis rela menjadi pemandu lori walaupun memiliki ijazah perbankan telah mencuri tumpuan.
Gadis yang dikenali sebagai Farhana merupakan graduan Univerisiti Malaysia Kelantan dalam bidang Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan.
Gadis berumur 25 tahun itu merupakan pemandu lori jongket. Videonya memandu lori tular di TikT0k sehingga ramai bertanyakan mengapa dia memilih kerjaya tersebut.
Menurut sumber, Farhana mula bekerja sebagai pemandu lori sejak Mac yang lalu dan tidak sangka ia mendapat restu keluarga.
Dia pernah bekerja sebagai k0ntraktor dulu dan keinginannya mencuba sesuatu yang baru membuatkannya ingin menjadi seorang pemandu lori.
Selepas mendapat lesen, dia meneruskan usahanya membeli lori dan menubuhkan syarikat sendiri. Antara cabarannya adalah cuaca yang tak menentu dan kerjayanya didominasi kaum Adam.
“Setakat ini semua berjalan lancar kerana kerja sendiri cuma cabarannya adalah nak bersaing dengan lelaki memandangkan kerjaya saya didominasi kaum Adam,” katanya.
“Jadi pilot darat pun kerjaya mulia, asalkan tidak minta sedekah dan meminta-minta” – Netizen
Sumber:TikT0k , HM