Gadis Ini Terima Abang Arwh Tunang Jadi Suami , Terkejut Tengok Wajah Mirip Sangat . Tiga Minggu Ambil Masa Minta Petunjuk Allah.
Kehilangan bakal suami sebulan sebelum majlis pernikahan benar-benar menguji emosi dan ment4l seorang wanita.
Dalam sekelip mata arwah tunangnya, Shahrizuan Shukri, 28, pergi buat selama-lamanya selepas ditemukan lem4s di sebuah sungai di Pasir Pekan, Kelantan dalam kejadian pada 25 Mei lalu.
Bimbang dengan keadaan Nur Malina Mohd Rozani, keluarganya mencadangkan agar dia dijodohkan dengan abang arwh, Shahron Shukri yang berusia 32 tahun.
“Selepas tunang mninggal, saya alami kemurung4n. Mana tidaknya, tunang saya ‘pergi’ secara mengejut sedangkan kami dah tak lama nak menikah.
“Tapi saya bersyukur sangat mak ayah dia jaga saya dengan baik sedangkan saya cuma hil4ng tunang je tapi mereka kehilangan seorang anak. Mereka cakap tak nak sia-siakan saya jadi putuskan untuk jodohkan saya dengan abang arwh.
“Masa mula-mula kenal abang dia memang sus4h nak terima dalam hidup ni. Tapi saya tak nak kehilangan keluarga arwh yang baik ni, jadi saya cuba minta petunjuk daripada Allah,” ujarnya wanita berusia 24 tahun itu .
Ujarnya yang lebih senang disapa Nina, sebelum ini, Shahrizuan seolah-olah memberikan petanda bahawa dia akan ‘pergi’ meninggalkannya.
“Sebelum dia mninggal, arwh banyak tinggalkan pesanan. Macam dia tahu tiba masanya dia untuk ‘pergi’, cuma kami je yang tak nampak hint tu.
“Sebelum ni, arwh selalu cakap dekat saya yang abang dia ni tak kahwin lagi. Dia nak sangat cari jodoh untuk abang dia yang serupa macam saya.
“Disebabkan pesanan itulah membuatkan saya nak terima abang dia dalam hidup ini,” ujarnya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Tambah Nina yang merupakan seorang guru tadika di Kelantan, sebelum ini dia tidak pernah mengenali Shahron secara dekat.
Alhamdulillah… rupa-rupanya apabila reda dengan aturan Allah, mudah saja datang perasaan nak terima suami dalam hidup.
Namun, dia yakin apa yang berlaku dalam hidupnya merupakan takdir dan jodohnya dengan Shahron juga adalah aturan Allah untuknya.
“Masa mula-mula tengok suami dulu memang agak terkejut sebab muka sama sangat-sangat. Masa tu saya tak reti nak gambarkan perasaan tu.
“Memang terkejut masa mula-mula tengok. Sebelum ni saya cuma tahu nama dan wajah mereka ni memang mirip.
“Abang dia pun tak kenal saya sangat. Cuma ada juga dengar sebelum ni yang dia puji cakap saya ni bagus… jadinya sepadan dengan adik dia,” jelas Nina.
Ujar Nina, dia tidak menyangka perkongsian video tentang perjalanan kisah bersama arwh tunang dan jodohnya yang dimuat naik pada awal September lalu tiba-tiba menjadi tular pada Selasa.
Perkenalan singkat pasangan ini selama tiga minggu berakhir dengan sebuah perkahwinan.
Rata-ratanya begitu teruja dengan perkongsian Nina kerana dianggap seperti sebuah filem atau drama.
Perkenalan singkat selama tiga minggu berakhir dengan sebuah pernikahan pada 8 September lalu apabila Nina dan Shahron selamat diijabkabulkan di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah, Kelantan.
“Bagi saya, tak salah pun untuk bercinta selepas kahwin. Alhamdulillah, rupa-rupanya apabila reda dengan aturan Allah, mudah saja datang perasaan nak terima suami dalam hidup.
“Hidup kami sekarang bahagia sangat-sangat. Saya pun tak sangka perjalanan percintaan saya ni begitu perit tapi berakhir dengan indah. Saya terima suami dengan ikhlas.
“Saya tak nak hidup dengan Shahron tapi terbayang Shahridzuan. Jadi sebelum kahwin saya dah nekad nak terima suami saya sebagai diri dia saja. Saya tak mengharapkan pun perangai dia sama dengan arwh,” katanya.
Sumber:Mstar