Fizo Omar pergi sekolah jumpa anak, reaksi Maryam undang seb4k
pelakon Fizo Omar melawat anak perempuannya di sekolah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Kata Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 39, kehadirannya ke sekolah anaknya iaitu Wan Maryam bagi mengubat rindu setelah sekian lama mereka tidak bertemu.
“Datang buat kejutan kat Maryam. Nak tunggu turn lama sangat, jadi Abe Joe (panggilan Fizo) datang jenguk Maryam kat sekolah.
“Dapatlah jumpa kejap, Maryam pun gembira sangat daddy datang,” katanya.
Fizo berkongsi momen tersebut menerusi hantaran video di TikT0k miliknya pada Sabtu.
Dalam video berkenaan, Maryam, 8, dilihat begitu teruja dan tidak henti memeluk ayahnya untuk melepaskan rindu.
Malah kanak-kanak itu dilihat berlari mendapatkan Fizo yang sebelum itu mengintainya dari luar tingkap kelas.
Dalam pada itu, Fizo memberitahu dia akan cuba mencuri masa melawat anaknya sekiranya ada urusan kerja berdekatan kawasan sekolah Maryam.
“Setiap kali Abe Joe ada kerja kat area sekolah Maryam, memang akan singgah sekejap jenguk dia…Dari jauh pun jadilah,” ujarnya.
Sementara itu, netizen di ruangan komen rata-rata meluahkan rasa sayu melihat momen anak-beranak berkenaan malah ada yang memuji sikap Fizo.
“Sedihnya ujian buat anak-anak dari broken family. Meleleh air mata saya.
“Walaupun ibu bapa berpisah tetapi ingatlah kasih sayang jangan sesekali diabaikan, sedih tengok wajah Maryam,” komen netizen.
Untuk rekod, Maryam merupakan anak dari hasil perkahwinan Fizo bersama Mawar Abdul Karim pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.
Fizo kemudian mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber:mstar