Fikir Ibu Tiada Duit , Anak Enggan Beli Di Kantin Sekolah . Siap Bawa Bekal Gigit Tepi Biskut Untuk Muat Bekas Kecil.
Rakaman yang dikongsikan seorang ibu di media sosi4l menjadi tular selepas ia menyentuh hati rata-rata mereka yang menonton video tersebut.
Nadiya Hayati dalam satu hantaran di TikT0k menunjukkan momen apabila mendapat tahu anaknya, Zachary cuba menyembunyikan sesuatu di dalam beg sekolah.
Dia kemudian mendapati anak lelaki itu membawa tiga keping biskut yang diletakkan di dalam bekas kecil sebagai bekal ke sekolah.
Ketka ditanya, Zachary berkata bekal tersebut mahu dimakan semasa rehat kerana tidak mahu menggunakan duit yang diberikan ibunya untuk berbelanja di kantin sek0lah.
Tangkap layar video dikongsikan Nadiya.
“Ini benda yang disorokkan (bekas kecil). Dia cakap bawa ni sebab nak simpan duit belanja,” tulis si ibu pada video.
Nadiya bertanya kepada anaknya mengapa dia mahu menjimatkan wang sedangkan dia tidak pernah menyuruh Zachary berbuat demikian.
Zachary pada mulanya kelihatan teragak-agak untuk menjawab dan cuba mengelak daripada menjawab soalan ibunya.
Namun, dia akhirnya berterus terang membawa biskut kerana tidak mahu membeli apa-apa di sekolah.
Mendengar jawapan si anak, Nadiya sekali lagi mengajukan soalan sama yang mana kali ini anaknya memberi jawapan yang mengundang seb4k.
“Sebab kita tidak ada banyak wang,” ujar Zachary.
Dalam video itu, Nadiya turut bertanyakan kepada Zachary bagaimana dia berjaya memasukkan tiga keping biskut berbentuk empat segi ke dalam bekas bulat bersaiz kecil.
Tidak, kami sebenarnya tidak mempunyai masal4h kewangan.
Menurut Nadia, Zachary menggigit bahagian tepi biskut tersebut supaya muat diletakkan dalam bekas tersebut.
Budak lelaki itu juga mengesahkan bahawa dia tidak akan menggunakan duit belanja sebaliknya hanya akan makan separuh lagi biskut di sek0lah.
Video yang dikongsikan Nadiya di TikT0k meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan.
Rata-rata net1zen sangat terharu dengan tindakan Zachary malah memuji sifat prihatin murid sekolah rendah itu.
Zachary memasukkan semula biskut ke dalam beg.
Susulan tularnya video itu, Nadiya melalui Instagram miliknya tampil memberikan penjelasannya.
Dia meyakinkan net1zen bahawa keluarganya tidak berdepan masal4h kewangan menerusi ruangan kapsyen video itu yang dimuat naik sekali lagi.
“Tidak, kami sebenarnya tidak mempunyai masal4h kewangan.
“Saya andaikan dia menjawab seperti ini mungkin kerana saya sebelum ini menolak beberapa permintaannya dengan memberitahunya saya tidak mempunyai cukup wang atau sebagainya.
“Jadi tolong berhenti reka cerita dia tr4uma atau pernah lihat orang dewasa berg4duh sebab duit atau sebab lain lagi,” jelas Nadiya.
Sumber:mstar