“Contoh terbaik untuk adik2”Fedtri Yahya syukur anak perempuan raih 8A UPKK

Fedtri Yahya berkongsi khabar gembira apabila anak perempuannya, Indah Sutera Jannah raih keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran bagi peperiksaan Uji4n Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya di laman IG, dia meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka anaknya mendapat keputusan cemerlang.

Ujar pengacara yang berusia 43 tahun itu lagi, kejayaan tersebut dapat menjadi contoh terbaik buat anak-anak yang masih kecil dalam pembelajaran.

“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Aminnn… kakak tak sangka dapat 8A!

“Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa pun syukur, contoh terbaik untuk adik-adik,” katanya di ruangan kapsyen.

Alhamdulilah tahniah Fedtri!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netiz3n dan rakan artis menzahirkan ucapan tahniah buat Fedtri sekeluarga atas kejayaan anaknya.

Semoga membesar menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat!

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Indah Sutera Jannah berjaya dunia dan akhir4t dan menjadi anak yang solehah buat ibu bapa.

Sumber: IG @Fedtri Yahya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *