Fedtri Yahya Rai Birthday Anak Indah Sutera Jannah Ke-12!“Semoga Jadi Puteri Solehah,”

Sejuk mata memandang anak Fedtri Yahya iaitu Indah Sutera Jannah. Pertengahan April lepas, nama gadis comel ini menjadi bualan di warga maya selepas

bapanya yang juga personaliti terkenal televisyen berkenaan berkongsi video keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) anak tersayang yang berjaya mendapat 8A di media sosi4l miliknya.

Menangis sebak sebaik mengetahui keputusan cemerlang puteri sulung, Fedtri menzahirkan rasa syukur dan berharap agar ia menjadi inspirasi serta ikutan adik-beradiknya yang lain.

“Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Aminnn… kakak tak sangka dapat. Sebab katanya subjek Sirah agak payah. Apa pun syukur. Contoh terbaik untuk adik-adik.”

Pastinya April menjadi bulan istimewa bukan saja buat Indah Sutera Jannah atau mesra disapa Sutera. Malah bagi Fedtri dan isteri tercinta kerana kejayaan manis yang diperoleh anak sulung mereka itu.

Lebih bermakna, April merupakan bulan ulang tahun kelahiran Sutera.

Tanggal 30 April genap 12 tahun usia Sutera. Sebagai meraikan hari kelahiran puteri kesayangan, Fedtri mengadakan sambutan majlis hari lahir di sebuah restoran baru-baru ini.

Terserlah wajah gembira ‘birthday girl’ diraikan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Pada majlis itu, anak Fedtri Yahya anggun berbusana dress merah lengkap hijab sedondon dan mengenakan mahkota.

Sementara itu, Fedtri tidak ketinggalan menitipkan pesanan manis buat Sutera.

“30 April. Selamat ulang tahun buat anakanda tercinta- Indah Sutera Jannah yang ke-12. Semoga menjadi puteri yang solehah dan memberi manfaat kepada ummah.

Terima kasih buat pasukan yang bertungkus-lumus saat akhir untuk majlis kecil-kecilan, santai tapi penuh makna.”

Fedtri Yahya mendirikan rumah tangga bersama Nur Anati Ismail pada tahun 2011. Hasil perkongsian hidup selama 13 tahun mereka dikurniakan empat cahaya matai aitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.

Semoga kejayaan anak selebriti ini menjadi suntikan semangat dan inspirasi kepada masyarakat.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *