“Kami ada lesen, bayar sewa”Tapak berniaga disek4t individu, Faye Kusairi tampil bela diri
Tindakan seorang individu menyek4t jalan di kawasan pelakon Faye Kusairi berniaga nasi ayam disifatkan sebagai sengaja mencari kesal4han orang lain.
Tampil mempertahankan diri, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 37 menjelaskan dia tidak melakukan sebarang kesalah4n sebaliknya berniaga secara sah.
Malah beritahu Faye, dia bersama peniaga lain turut membayar sewa tapak secara bulanan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan mempunyai lesen.
“Kepada sesiapa yang berkenaan, kami (para peniaga) tak bermaksud nak kurang ajar. Tetapi ini adalah pandangan kami.
“Tapak yang kami berniaga ni adalah tapak berbayar. Kami membayar yuran bulanan kami kepada MPAJ untuk berniaga.
“Maknanya kami jual makanan secara sah di sini dan sebelah jalan kedai kami adalah kawasan bukan parkir,” katanya.
Faye menjelaskan perkara itu menerusi Ig miliknya pada Selasa.
Pelakon itu bersuara selepas individu tersebut did4kwa sengaja menghal4ng dia dan peniaga lain memunggah barang niaga dengan meletakkan kenderaannya di tapak berniaga.
Dalam pada itu, Faye meluahkan rasa kesal apabila individu terbabit enggan memohon maaf atas kesal4han telah dilakukan terhadap semua peniaga.
Kata Faye, jelas individu tersebut yang bersal4h namun enggan mengakui kesilapan dilakukan.
“Bahagian tepi (tapak berniaga) tiada kotak parkir dan anda tidak membayar untuk tempat letak kereta. Oleh itu har4m untuk anda meletakkan kereta di sini.
“Jelas sekali ia salah awak. Minta maaf saja sebab menghal4ng. Perkara mudah tak perlu nak ‘offensive’,” katanya.
Tambah Faye, dia bukan mahu bersikap biad4b tetapi dia dan peniaga lain mempunyai hak bersuara kerana mereka bukannya berniaga secara har4m.
Sumber:IG