Faizal Hussein Tak Sombong Dengan Pelakon Baharu ,Kenangan Bawa Skuter Beli Jiwa Puteri Balqis”Mereka Terlalu Gugup Sampai Gagap”

Faizal Hussein memberitahu dia tiada masalah untuk bergandingan dengan mana-mana bakat baharu dalam drama atau filem.

Sebaliknya kata Faizal, 56, pelakon baharu yang sering berdepan perasaan gugup jika berlakon bersama dirinya.

“Memang saya tiada masalah berlakon dengan pelakon baharu,cuma mereka ada masalah dengan saya.

“Bila nak mula penggambaran je mula gagap, kadang-kadang bila saya lihat mereka terlalu gugup saya panggil ajak masuk kereta borak-borak.

“Saya memang pandai cara nak pikat hati co-actor. Contohnya sebelum ini berlakon dengan (Puteri) Balqis semasa dia masih kecil, saya bawa skuter di set dan ajak dia main sekali.

“Ini untuk memberikan keselesaan kepada pelakon gandingan saya,” katanya .

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *