Faiz beli 1.5 Tan Beras Bantu Orang Susah , Buat Agihan Macam YB Kawasan. Tapi Ada Yang Kata Parti P0litik Tolong”Payung”

Bukan sekadar memberi makanan kepada anjing jalanan, personaliti media sosi4l ini turut melakukan kerja amal membantu golongan sus4h.

Terbaharu tular video menunjukkan masyarakat pelbagai bangsa dan agama menerima sumbangan berupa barang keperluan harian daripada pemuda bernama Muhammad Faiz Basirun ini.

Turut dikenali dengan gelaran ‘CEO Anjing’, Faiz menyumbang sebanyak 300 kampit beras dengan berat keseluruhan 1.5 tan kepada penduduk Pulau Pinang yang memerlukan persis seorang wakil rakyat.

Faiz bersama antara penerima sumbangan.

Ujar pemuda berusia 21 tahun ini, dia terdetik hati untuk memberi sumbangan berikutan kenaikan harga barangan termasuk beras.

“Tul4r isu harga beras naik, jadi saya ikhlas nak bantu. Saya lakukan ini kerana ramai meminta bantuan rentetan kenaikan harga beras.

“Ada rakyat mender1ta dengan kenaikan harga barang, dan ramai yang mengeluh. Sumbangan ini diberikan kepada kira-kira 300 penerima terutama golongan B40 daripada pelbagai lapisan masyarakat, agama dan bangsa,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berasal dari Langkawi, Faiz menegaskan sumbangan dibuat hasil daripada keuntungan perniagaannya bagi produk minuman premium kopi, coklat dan teh.

“Saya langsung tidak mendapat tajaan daripada mana-mana parti p0litik untuk sumbangan ini. Saya sedih apabila difitn4h, saya bekerja keras untuk bantu orang.

“Nak buat baik pun masih mencari kesalahan. Saya lahir daripada keluarga sus4h. Saya pegang pada satu prinsip, apabila kita rajin memberi, rezeki kita akan diperluaskan InsyaAllah,” 

ujarnya sambil menambah sumbangan dibuat di Lotus Seberang Jaya di Pulau Pinang, pada Rabu.

Para pelanggan beratur untuk mendapatkan produk minuman di gerai Faiz.

Untuk rekod Faiz yang merupakan pengasas bersama bagi produk minuman yang mencatatkan jualan menggalakkan.

“Alhamdulillah, jualan mencecah lima angka sehari,” katanya.

Pada masa sama, Faiz turut mengakui terdapat pihak yang mempertikai pek beras seberat 5 kilogram (kg) yang disumbangkan kepada setiap penerima.

“Ada yang kata setakat bagi 5kg je. Kalau saya beri 10kg, berapa orang saja saya boleh bantu? Dengan 5kg tu saya boleh menggandakan dan lebih ramai akan menerima bantuan.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain sebenarnya.

“Sekurang-kurangnya saya dapat membeli 1.5 tan beras. Saya beli pun menggunakan duit saya sendiri hasil perniagaan. Tak pakai duit mana-mana parti p0litik pun,” katanya.

Kebajikan yang dilakukan Faiz bukan perkara baharu, malah diamalkannya sejak dulu dan jumlah bantuan semakin meningkat kerana hasil keuntungan bagi jualan produknya.

Faiz mahu membantu masyarakat yang terkesan dengan kenaikan harga barang.

“Hangpa dok beli minuman kat saya, yang beli dekat beg kuning di TikT0k, itu yang saya kumpul dan dapat untung, saya tolong orang.

“Hangpa nak mengata kat orang beras murah ke mahal, tahu tak bukan semua orang rasa beras murah tu murah. Ada orang yang nak beli beras walaupun RM10 pun sus4h.

“Jadi kita yang mampu ni, selagi boleh tolong… kita bantulah. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain sebenarnya,” katanya lagi.

Untuk makluman, Faiz pernah disiasat p0lis berhubung d4kwaan melakukan gangguan s3ksual terhadap Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman.

Faiz dilaporkan memuat naik video mempertikaikan cara Young Syefura atau lebih dikenali Rara berpakaian di pentas ceramah Malaysia Madani di Kedah pada 15 Julai lalu.

Susulan itu Faiz turut mend4kwa dia menerima sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sumber:Mstar