“Eerah Rancang Mahu Bina Jenama Burger Sendiri”Gadis 0KU Gigih Berniaga Tepi Jalan , Ramai Yang Datang Gerai Nak Bergambar.

Tular video seorang wanita bernama Eerah menjual burger tepi jalan meraih perhatian net1zen apabila berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.4 juta di aplikasi TikT0k.

Dalam video itu, Eerah yang juga merupakan gadis kurang upaya (0KU) dilihat gigih mencari rezeki dengan meniaga di tepi jalan.

Menjelaskan mengenai perkara itu, bapa kepada wanita berkenaan iaitu Nadzri Abd Majid tidak menyangka sambutan yang diterima sangat memberangsangkan selepas video anaknya itu tular.

“Sebenarnya kami memang sudah berniaga lama dah daripada saya bujang lagi niaga burger cumanya sebelum ini Errah buat kuih cornflakes tapi kurang sambutan sebab tunggu musim perayaan saja, jadi dia bosan lalu minta untuk meniaga burger.

“Alhamdulilah tak sangka sebab sambutan yang diterima memang baik dan netizen Malaysia memang supportive bila tengok Eerah istimewa jadi mereka bantu dengan membeli jualan kami sebab ramai yang tengok live di TikT0k dia,” kata Nadri bapa kepada Errah.

Namun dalam pada itu, ada yang kurang senang melihat perkongsian video berkenaan malah ada yang mend4kwa keluarga wanita berkenaan sengaja ingin meraih simpati atas kekurangan pada dirinya itu demi publisiti.

“Ada yang beri komen dekat dia cakap kenapa la bagi dia meniaga sampai badan senget-senget tapi saya cakap dekat Errah pedulikan kata-kata tersebut sebab nak layan pun susah juga s4kit hati nanti,” ujarnya.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *