Dulu Rasa Kosong , Kini Anak Dan Isteri Buat Remy Ishak Makin Bahagia”Ayah Sayang Tuah”

Benarlah kata orang, kelahiran cahaya mata buat hidup kita ceria dan bahagia. Inilah yang sedang dilalui oleh hero Malaya, Remy Ishak.

Selepas kehadiran Tuah Alam dalam hidupnya dan isteri, akui Remy hidupnya kini banyak berubah.

Jika dulu dia pernah rasa kesunyian dan kosong selepas arwah bapanya pergi, kini kekosongan hati itu sudah mula diisi selepas mendirikan rumah tangga.

Tambah bahagia kata Remy, selepas lahirnya cahaya mata permatanya, Tuah Alam yang kini berusia empat bulan.

“Ada satu waktu dalam hidup, aku rasa kosong.

“Lepas arwh ayah pergi tinggalkan dunia, bertambah kosong rasanya hidup & jiwa aku. Tapi bila Tuah lahir semuanya berubah.

“In shaa Allah, ‘ll be the very best version of me as a father. Ayah sayang Tuah,” kongsinya menerusi akaun Tik T0knya.

Menerusi perkongsian video yang sama, Remy turut memuat naik beberapa keping gambar dan momen bersama Tuah ketika di awal kelahirannya sehingga kini berusia empat bulan.

Wajah lembut dan redup Tuah Alam, gabungan wajah ibu dan ayahnya ini memang cukup comel.

Terdahulu, Tuah Alam selamat dilahirkan pada 27 Julai yang lalu.

Sumber:HM