Dulu Pelakon Kini Elmy Moin Kerja Kedai Pizza Di Singapura. Tak Malu Berhijrah Cari Rezeki Untuk Keluarga.

Pelakon Elmy Moin mendedahkan dia kini bekerja sebagai pembuat piza di sebuah restoran di Singapura sejak awal bulan Julai lalu.

Cerita Elmy atau nama sebenarnya Abdullah Helmy Abdul Moin, 33, dia tidak malu dengan pekerjaannya itu kerana apa yang penting pendapatan yang diperoleh mampu menyara kehidupan keluarga tersayang yang menetap di Kuala Lumpur.

“Semuanya bermula selepas saya rasa tak mampu untuk berikan yang terbaik untuk keluarga terutama buat isteri dan anak-anak.

“Sebab sebelum ini selain berlakon saya ada juga buat perniagaan kecil-kecilan tapi tidak menjadi mungkin bukan rezeki.

“Jadi saya kena buat sesuatu sebab nak harapkan dunia lakonan sahaja tak bolehlah, itulah punca saya berhijrah selepas berbincang dengan isteri,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Elmy berkahwin dengan isterinya iaitu Irsa Sahabuddin, 36 pada 29 Mac 2018 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata kembar Syaira dan Raisya yang kini sudah berusia 5 tahun.

Sumber:Mstar