“Dulu Nasi Lauk Ayam 80 Sen Je”Netizen Terkejut Harga Makanan Kantin Sekolah Mahal.

Seorang wanita yang berkongsi momen anak lelakinya membeli makanan kantin sekolah pada hari pertama persekolahan sebagai murid darjah satu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita terb4bit di laman TikT0knya, dia meluahkan rasa gembira apabila melihat anak lelakinya itu begitu teruja membuat bayaran untuk membeli makanan buat kali pertama.

“Member (anak) teruja beli makanan sendiri. Sempat lagi tengok mama sebab excited nak guna duit!” ujarnya dalam video itu.

Dalam video tersebut, anak wanita terb4bit dilihat sedang beratur untuk membeli minuman perisa oren berharga RM1 dan nasi lemak dibungkus dalam polistrin berharga RM2.

Mahalnya harga makanan kantin sekarang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netiz3n terkejut dengan harga makanan di kantin sekolah pada masa kini berbanding suatu ketika dahulu.

Ujar netizen, harga minuman pada zaman dahulu hanya sekitar 0.20 sen-0.50 sen dan boleh membeli makanan di bawah harga RM1.

Bagaimanapun, ada segelintir individu mengimbau kembali kenangan mereka ketika di bangku sekolah rendah selepas melihat gelagat murid-murid dalam video tersebut.

Sumber: TikT0k @fariza_adyani