Duit Ada Kurang RM100 Tapi Tetap Nak Rasa Manis Sedekah .Peniaga Guna Beras Di Rumah ,Masak Nasi Bagi Percuma

Setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk berbakti kepada masyarakat.
Begitu juga dengan peniaga, Ae Jaa, yang mahu berkongsi rezeki dengan bersedekah kepada orang sekelilingnya walau tidak mempunyai wang atau harta melimpah ruah.

Menurut wanita yang sudah berkeluarga itu, disebabkan cuma mempunyai wang berjumlah kurang dari RM100 dia menggunakan cara lain untuk melakukan kebajikan iaitu dengan menawarkan nasi putih percuma.

“Saya tak kaya pun. Sungguh. Dalam bank ada baki tu RM47, beg duit ada juga RM50. Duit orang beli sambal hari ni. Saya tak kaya tapi kenapa sedekah nasi? Beras mahal.

“Ya, betul beras mahal. Saya beli sepeket je, tak beli banyak pun. Itulah yang nak buat makan dekat rumah, itu juga yang nak buat sedekah. Baru terasa nikmat berkongsi. Kalau beras habis, InsyaAllah beli lagi.

“Tak pernah nak terfikir kenapa cepat habis ke apa ke. Tak langsung. Bila sedekah, sebaiknya kita diam. Biar tangan kiri tak tahu. Betul. Tapi bila uar-uarkan, orang yang memerlukan boleh tahu ada nasi percuma,” tulisnya

Bukan itu sahaja, peniaga sambal dan ikan patin masak tempoyak itu juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk mana-mana individu yang mahu mengambil nasi putih tersebut.

Malah, dia meminta orang ramai agar menyebarkan tentang nasi putih percuma itu supaya sampai kepada golongan yang memerlukan sekitar Benta, Pahang.

“Kalau tak beli lauk patin tu pun tak apa. Mari je ambil nasi. Saya buat saiz tu, bukan sebab kedekut. Saya dah salah beli kertas (pembungkus), dan saya kena habiskan kertas tu dulu. Dan saya pun tak memilih orang, tak letak limit.

“Nak berapa pun ambillah. Biarlah orang datang beli naik kereta Vellfire sekali pun. Anda nampak saya buat macam ni, anda pun boleh bantu kongsikan pada kawan-kawan yang mana anda tahu dekat dengan saya.

“Saya tak nak bersangka buruk pada orang, tak nak terpesong daripada niat asal, nak bagi orang makan. Sebab saya pegang untuk dapat pahala bagi orang makan

dan Allah dah janji orang yang buat kebaikan ada ganjaran. Tak kiralah waktu di dunia, mahupun di akhirat nanti,” ujarnya.

Sebagaiman ditegaskan oleh Ae Jaa, dia berharap apa yang dilakukan ini dapat menghapus dos4-dosa lampaunya.

Macam mana sekali pun, saya akan usaha nak beli dan boleh berkongsi lagi.

Dalam pada itu, wanita ini meluahkan rasa syukur dan senang hati apabila tindakannya mendapat pujian dan sokongan pasangan.

“Suami cakap, tak ramai orang sanggup nak bagi sesuatu yang dia pun sedang memerlukan. Kebanyakan orang akan simpan untuk diri sendiri je. Teruskan memberi, tak semestinya nak tunggu kaya baru bagi. Supportive sangat encik suami saya.

“Dan, lagi sekali. Beras ni tak ada siapa-siapa yang sponsor. Betul-betul dari saya sendiri. Saya tak minta duit mak abah, adik beradik, kawan-kawan atau sesiapa pun.

Dan akak tak akan jadikan benda ni sebagai alasan untuk meminta sumbangan atau bantuan daripada orang lain akan datang.

“Lagipun, beras ni keperluan rumah juga. Macam mana sekali pun, saya akan usaha nak beli dan boleh berkongsi lagi. Yang nak kecam lagi dan lagi silakan… sebab benda tu tak bagi saya down pun,” katanya.

Rata-ratanya mendoakan semoga peniaga ini dimurahkan rezeki untuk terus berbakti kepada orang ramai.

Bagaimanapun, terdapat beberapa netizen yang memberikan komen negatif yang menganggap usaha wanita ini bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

“Semoga melimpah ruah rezeki asbab sedekah nasi ni. Teruskan niat baik sis.

“Tak kaya duit tapi wang sentiasa ada dan cukup. Yang kecam tu abaikan. Tak nampak depan mata pahala sedekah tu sebab tu ramai tak buat.

“Sekarang ramai mindset negatif kak. Akak yang p0sitif ni teruskan dan teruskan usaha,” komen beberapa netizen.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *