Duduk Tepi Pus4ra Bapa ,Main-Main Tanah Kvbur Si Kecil Ini Tak Mahu Balik Rumah ,Nak Teman Ayah Berehat Di Kvbur.
Pemergian insan yang paling rapat dan disayangi sememangnya memberi k3san mendalam buat sese0rang.
Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan ini yang kehil4ngan bapa tersayang pada usia yang cukup muda iaitu lima tahun.
Meskipun masih belum mengerti sepenuhnya apa yang sedang berlaku, namun video yang dikongsikan oleh ibu saudaranya di TikT0k, benar-benar menceritakan isi hati yang dirasainya.
“Tak nak (balik). Nak duduk dengan ayah. Saya suka ayah. Saya nak tengok ayah berehat,” demikian petah bicara yang dituturkan oleh si kecil yang enggan berganjak dari pus4ra bapanya saat diajak pulang oleh sal4h se0rang ahli keluarga yang menemaninya.
Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Anisah Mahat berkata, video yang memaparkan anak saudaranya, Nur Qayra Qistian Mohd Shafiq, dirakam pada 15 Mei lalu ketika dia membawa kanak-kanak itu menzi4rahi pvsara bapanya.
“Abang saya, Mohd Shafiq Mahat iaitu bapa Qayra, mningg4l dunia pada Jumaat, 12 Mei lalu. Maknanya video itu dir4kam tiga hari selepas arwh ‘pergi’.
“Saya r4kam untuk disimpan sebagai kenangan buat keluarga kami. Tak sangka bila upload dekat TikT0k, ia menjadi vir4l kerana ramai yang tersentuh dengan gelagat Qayra,” ujar wanita berusia 30 tahun itu.
Menurut Anisah, arwh abangnya yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik, mningg4l dunia selepas hampir dua tahun dikesan menghidap k4nser l1mfoma.
Pemergian arwh pada usia muda ternyata memberi kesan kepada seluruh keluarga Anisah, terutama isteri serta tiga anaknya yang masih kecil.
Kami hanya beritahu ayah dia sedang berehat dekat syurga, Qayra kena berdoa banyak-banyak.
“Arwh abang ada tiga anak berusia 13 tahun, 10 tahun dan Qayra yang berusia lima tahun. InsyaAllah, anak keempatnya akan l4hir pada September nanti.
“Qayra memang rapat sangat dengan arwh ayahnya sebab dia bongsu. Setiap kali ayahnya masuk w4d untuk kemoterapi sebelum ini, mereka pasti akan buat video call.
“Pada hari ayahnya mningg4l dunia, dia tahu dan berkata ayahnya sedang berehat dekat dalam (kvbur). Mungkin dia tak sepenuhnya mengerti sebab masih budak kecil.
“Tapi keesokan hari selepas bangun tidur waktu pagi, terus merengek mencari-cari ayahnya. Sampailah sekarang selepas lebih seminggu arwh tiada. Kami hanya beritahu ayah dia sedang berehat dekat syurga, Qayra kena berdoa banyak-banyak,” katanya.
Tambah Anisah yang menetap di Kampung Beringin, Durian Tunggal, Melaka, meskipun arwh abangnya sudah tiada namun hubungan bersama kakak ipar dan anak saudaranya tetap rapat seperti biasa lebih-lebih lagi isteri abangnya sedang sarat h4mil.
Netizen turut tersentuh dengan video yang dikongsikan Anisah.
“Rumah saya, ibu dan arwh abang memang tak jauh pun sebab kami semua sekampung saja. Jadi kami memang selalu pergi bertanya khabar… Qayra pula hari-hari memang datang rumah ibu saya.
“InsyaAllah amanah abang kami akan jaga sebaik-baiknya,” ujarnya lagi.
Anisah yang tidak menyangka videonya menjadi tul4r dalam pada itu mel4hirkan rasa terharu kerana terlalu ramai yang mengirim doa buat arwh abangnya dan Qayra.
“Ada hikmahnya video tersebut menjadi tul4r… Alhamdulillah ramai yang mendoakan arwh abang serta Qayra. Moga doa yang baik berbalik kepada kalian juga,” akhirinya.
Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh Anisah meraih melebihi 685,000 jumlah tontonan di TikT0k.
Sumber:Mstar