Dua Gadis Enjoy Jadi Pemandu ,Kelindan Selalu Karoake Semasa Perjalanan Hantar Barang ,Akui Belum Cukup Gagah Buka Pintu Kontena.
BUKAN biasa-biasa! Siapa sangka di sebalik treler yang besar saiznya, pemandu dan kelindannya kedua-duanya adalah wanita.
Tetap berperwatakan feminin, dua gadis ini masih mampu tersenyum dan kelihatan ceria walaupun mengendalikan kenderaan berat.
“Saya bawa kereta pun gugup lagi kak. Salute,” demikian antara komen net1zen menerusi satu video mereka yang tular di media sosi4l.
Bercakap kepada mStar, s4lah se0rang daripada mereka, Fatima Zahara Nor Azman berkata, dia menjalankan tugas sebagai kelindan iaitu pembantu kepada sepupunya, Amira Fatihah Khairudin, 26, yang merupakan pemandu lori kontena atau treler.
Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, walau baru dua bulan bekerja sebagai kelindan, dia tid4k kekok melakukan tugas berkenaan.
“Treler atau lori kontena ni memang setiap hari hantar barang ke destinasi. Kebiasaannya kami hantar bekalan tayar, minyak pelincir dan barangan elektrik.
“Sebagai kelindan, antara tumpuan saya adalah melihat titik buta bagi mengel4kkan daripada sebarang kenderaan sepanjang perjalanan,” katanya ketika dihubungi.
Dua gadis ceria menaiki lori kontena.
Lebih mesra disapa Tyma, katanya, tentunya terdapat cabaran apabila wanita menggalas tugas sebagai kelindan atau pemb4ntu kepada pemandu lori atau treler.
“Tak banyak pemandu lori atau treler wanita. Kalau ada pun, kebiasaannya kelindan mereka adalah lelaki. Tapi kami dua-dua wanita bergabung!” ujar anak kel4hiran Taiping, Perak itu.
Tyma (kiri) bersama sepupu, Amira Fatihah.
Walaupun kebanyakan barang diangkat dan dikeluarkan oleh petugas, namun Tyma yang dibesarkan di Nilai, Negeri Sembilan tetap berdepan cab4ran untuk membuka pintu kontena.
“Buka dan tutup pintu kontena bukan mudah, sangat ber4t sebenarnya. Ada yang saya lakukan sendiri, dan saya akan minta b4ntuan sepupu sekiranya terlalu berat.
“Kalau ada forklift lebih senang kerja kalau di tempat tinggi. Tapi tolak, buka tutup pintu kontena bukan masa keluarkan barang je, pemer1ksaan sekuriti pun kena buka dan masa ni tak ada orang nak b4ntu, apatah lagi forklift,” katanya.
Tyma selesa menjadi kelindan lori.
Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka juga perlu membiasakan diri untuk berg4ul dengan pemandu dan kelindan lori serta treler yang mana maj0ritinya adalah lelaki.
Berpengalaman bekerja sebagai kerani di pejabat dan kemudian memb4ntu ibunya membuat kuih dari rumah, Tyma tidak meny3sal berhujan berpanas mencari rezeki di luar.
Pekerjaan ini menjadi keperluan untuk sara hidup, tak kisah kena berpanas atau berhujan dan bukan kerja dalam pejabat ada aircond.
“Saya pernah meng4nggur selama lebih setahun. Bukan senang nak cari kerja sekarang, walau kerja berat dan macam tak sesuai untuk wanita, ia tetap sumber rezeki saya.
“Pekerjaan ini menjadi keperluan untuk sara hidup, tak kisah kena berpanas atau berhujan dan bukan kerja dalam pejabat ada aircond,” katanya sambil menambah dia dan sepupu sering berkaraoke sepanjang perjalanan menghantar barang ke destinasi.
Menghiburkan diri ketika menjalankan tugas menghantar barang.
Selain itu, Tyma juga tid4k mengambil peduli terhadap tanggapan segelintir pihak terhadap peranannya sebagai kelindan yang tidak mempunyai lesen kenderaan perdagangan.
“Kerja sebagai kelindan ni bukannya h1na. Saya pernah diperli ingatkan saya boleh memandu, dan hanya sangka tugas kelindan hanya tukang buka dan tutup pintu kontena.
“Sebenarnya peranan kelindan banyak membantu pemandu sepanjang menjalankan tugas dan t4nggungjawab buat syarikat dan pelanggan.
“Saya tak ambil peduli apa kata orang. Saya cuma fikir ini adalah kerja halal. Kepada wanita yang dah ada lesen tu, kenapa tidak mencuba untuk memandu.
Dan jadi kelindan pun ada fungsinya, yang penting ia adalah sumber rezeki untuk kita sara hidup,” katanya.
Sumber:hm