Dua anak Amyra Rosli kena jangkit4n HFMD, minta ibu bapa peka simptomnya tapi jangan mudah panik
PELAK0N Amyra Rosli memaklumkan dua anaknya iaitu Anaqi dan Aryssa disahkan positif jangkitan peny4kit tangan, kaki dan mulut (HFMD) baru-baru ini.
Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 32, bagaimanapun bersyukur kerana anak-anaknya sudah pulih daripada peny4kit berkenaan.
“Anak-anak saya positif HFMD tetapi sudah sihat. Alhamdulillah, terima kasih semua atas doa yang baik-baik buat Anaqi dan Aryssa,” katanya.
Amyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
Anaqi dan Aryssa sewaktu dirawat di hospital.
Dalam pada itu, Amyra turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil ringan sekiranya anak-anak mereka menunjukkan sebarang simptom penyakit berkenaan termasuk demam.
Kata aktres berkenaan, ibu bapa juga tidak perlu panik kerana penyakit ini tidak berbahaya namun boleh berjangkit.
“Kepada ibu bapa di luar sana, sekiranya anak-anak anda tiba-tiba demam jangan ambil remeh ya.
“Periksa ada tak ruam atau sakit pada mulut. Tapi jangan panik kerana penyakit ini selalunya tidak serius namun senang berjangkit.
“Penyakit ini mudah sangat disebarkan di sekolah dan biasa dijangkiti oleh kanak-kanak berusia antara lima tahun,” ujarnya.
Pelakon drama Nur itu bagaimanapun memberitahu dia memilih untuk memasukkan anak-anaknya ke hospital untuk memberi fokus kepada tahap kesihatan mereka.
Amyra memberitahu penyakit itu biasanya akan sembuh dalam tempoh tujuh ke 10 hari.
Amyra mohon ibu bapa peka tahap kesihatan anak-anak.
Sebelum ini, suaminya Amar Baharin memuat naik foto anak-anak mereka di hospital namun tidak dinyatakan punca mereka diwadkan.
Amar menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan terima kasih buat Amyra yang berusaha menjaga anak-anak mereka ketika sakit.
“Cabaran membesarkan anak. Se0rang sakit, mesti berjangkit. Aku percaya semua ibu bapa melalui perkara ini.
“Semua ibu bapa harus kuat, menjadi contoh tanggungjawab pada anak-anak. Terima kasih Amyra tolong teman anak-anak,” katanya.
Sumbar; Mstar