Dr Zulkifli Ulas Hukum Cium Hajar Aswad “Har4m Jika Membahayakan Diri”
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengulas hukum cium Hajar Aswad selepas tular video memaparkan se0rang usahawan,
Hafiz Mahamad yang berhimpit dengan orang ramai bagi memastikan pasukannya dapat mencium batu berkenaan.
Sebelum ini, Hafiz yang juga merupakan pempengaruh media sosi4l telah memuat naik satu video yang menunjukkan dia berhimpit bagi membolehkan isteri dan pasukannya mencium Hajar Aswad.
Menerusi satu perkongsian di X, Dr Zulkifli berkata tanpa merujuk kepada mana-mana pihak mencium Hajar Aswad merupakan salah satu ibadah namun perbuatan itu adalah sunat.
“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium Hajar Aswad juga adalah ibadah. Beza kedua-duanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat,” katanya.
Tambahnya, haram mencium Hajar Aswad jika ia mendatangkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membah4yakan.
“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zulkifli yang juga merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan turut menyatakan semakin ramai yang menjadikan ibadah umrah sebagai ‘trend’ untuk meraih tontonan.
“Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya.
“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosi4l.
“Jika ia hanya sekadar ‘trend’ untuk meraih tontonan, tinggalkan ‘trend’ yang merugikan itu,” katanya.
Zulkifli turut meninggalkan pesanan untuk orang ramai sentiasa mengingati d0sa disamping memohon keampunan daripada Allah SWT.
“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan d0sa kita, keampunan daripada Allah termasuk doa-doa kepadaNya.
“Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content!” ujarnya.
Terdahulu, Hafiz memuat naik satu video memaparkan dia berhimpit dengan orang ramai bagi memastikan pasukannya dapat mencium Hajar Aswad.
“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan. MasyaAllah semua dengan izinNya. Dari semalam lagi Aina cakap ada team nak ke Hajar Aswad.
“Abang bawakan boleh? Boleh, tapi malam awak kena urut pinggang. Alhamdulillah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen.
Menerusi video yang dimuat naik itu, Hafiz bersesak dengan orang ramai sehingga menyebabkan sebahagian kain ihramnya terbuka.
Selain itu, para pekerjanya yang juga perempuan terpaksa berhimpit dengan orang ramai semata-mata mahu mencium Hajar Aswad.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Hafiz yang seakan-akan menjadikan ibadah umrah sebagai konten semata-mata.
M4lu kalau agama lain tengok, Dr Zulkifli ulas hukum cium Hajar Aswad haram kalau membahayakan
Tolong bezakan perkara sunat, wajib dan haram
Alhamdulillah..
Sumber: X Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,omm