Ditumbuk Hingga Mengalami Sesak Nafas , Dipijak Hingga Pengsan, Remaja Longlai Dikerjakan 3 Pelajar Di Sekolah.
Seorang pelajar lelaki tidak bermaya selepas dia didakwa dipvkul oleh tiga pelajar lain di sebuah sekolah dekat Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.
Menerusi video tular di TikT0k, mngsa terpaksa dipapah oleh seorang individu sebelum dia dibaringkan di atas katil pengusung.
Seorang ahli keluarga mngsa di aplikasi TikT0k berkata, adiknya yang sedang bersendirian dipukul oleh tiga pelajar lain sehingga pengsan dan mengalami ses4k nafas.
“Adik saya dipukul tiga orang pelajar tingkatan dua sedangkan dia hanya seorang. Bayangkan ditumbuk sehingga ses4k nafas dan dipijak sehingga pengsan.
“Ramai yang melihat tapi tidak mampu melawan kerana ramai yang back-up si pembuli. Dipukvl lebih kurang pukul 12 lebih dan diberitahu pada pukul 2 lebih.
“Ingatlah pada si pembuli hidupmu tidak akan aman sampai mati,” ujar ahli keluarga mangsa.
“Tolonglah pihak sekolah ambil tind4kan. Cegah gejala buli ni.
“Minta dijauhkan. Untuk awak sekeluarga, semoga dapat keadilan yang sewajarnya.
“Harap pihak berwajib ambil tindakan undang-undang pada pembuli, pada adik ni semoga cepat sembuh,” tulis netizen.
Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah berkata insiden pada Khamis itu dipercayai memb4bitkan pelajar tingkatan satu dan dua yang mana berlaku selepas waktu persekolahan di dalam kawasan sekolah tersebut.
Jelasnya, guru di sekolah itu telah mengambil tind4kan sewajarnya sejurus mengetahui kejadian tersebut dengan membawa mngsa ke sebuah klinik.
Pihak sekolah termasuk pengetuanya juga telah berjumpa keluarga terlibat bagi mencari jalan penyelesaian, namun masih menanti hasil pertemuan itu sehingga kini.
Sumber:Mstar