Dipuji Pandai Jaga Anak Walaupun Berpakaian S3ksi , Azhar Sulaiman Anggap Bernasib Baik.

Pelakon Azhar Sulaiman menganggap kehidupannya masih bernasib baik kerana tidak diuji dengan masalah besar memb4bitkan anak gadisnya Kasih Iris Leona.

Azhar tampil memberi respon selepas terdapat segelintir warganet di aplikasi X memuji caranya mendidik anak walaupun Leona kerap berpakaian s3ksi.

Bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu mengaku menjalani kehidupan dengan penuh kebimbangan seolah-olah risau sekiranya berlaku kontr0versi tidak diingini membabitkan anaknya.

“Salam semua, saya bukan lebih pandai.. tapi bernasib baik lagi sebab Allah tak uji dengan isu yang lebih besar. Saya sentiasa hidup dalam suspen sekarang,” tulisnya dalam satu ciapan.

Ciapan tersebut adalah balasan kepada sebuah hantaran oleh akaun @NikitaNikAziz mengenai kontroversi dilalui anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa sebagai ‘penyondol’.

Hantaran terbabit memuji kelakuan Leona yang sinonim dengan kecaman berhubung penampilannya, tetapi masih tahu menjaga diri.

Terdahulu, Marrisa mengaku salah tentang dakwaan menjadi perosak rumah tangga sepasang suami isteri yang tular di media sosial sejak Khamis.

Namun, remaja berusia 18 tahun itu menegaskan bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar.

Sumber: X @NikitaNikAziz, Instagram Kasih Iris Leona,omm