Dipercayai Tertidur , 3 Orang M4ut Dalam Kereta Di R&R Yong Peng.
Sejak semalam, tular di media sosi4l beberapa gambar menunjukkan tiga mayt yang ditemui di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Yong Peng.
Tiga mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta
Perkongsian yang diperoleh daripada pihak bomba telah dimuat naik di beberapa akaun Fb seperti Johor Post apabila memaklumkan tiga mngsa dipercayai dua orang lelaki dan seorang wanita mningg4l dunia di dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza.
Mngsa warganegara Myammar
Memetik lap0ran dari Harian Metro, mangsa yang berusia 23 hingga 27 tahun itu merupakan wargnegara Myammar dikenali sebagai Myo Htet, 25, Zaw Naing, 23, dan seorang lagi wanita, Khin Mar Yee, 27.
Mereka dipercayai tidak sedarkan diri kerana tertidur berkemungkinan penat di Hentian Yong Peng sebelum orang awam cuba memb4ntu dengan memec4hkan tingkap kereta bagi mengeluarkan mereka.
Walau bagaimanapun, ketika pihak perubatan tiba, ketiga-tiga mngsa yang berjaya dibawa keluar itu sudah mningg4l dunia.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penguasa Bomba Kanan II Suhairulair Sarip, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 malam dan seramai enam angg0ta bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami mendapati ketiga-tiga mngsa sudah dikeluarkan orang awam yang kebetulan berada di lokasi.
“Semua mngsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan mninggrl dunia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dalam perjalanan ke Pasir Gudang
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani telah mengklarifikasikan kem4tian tiga warganegara Myammar itu sebagai m4ti mengejut.
Setakat ini siasatan masih lagi dijalankan dan menunggu keputusan b3dah siasat.
Berdasarkan siasatan awal, mereka bertiga mungkin dalam perjalanan ke Pasir Gudang.
“Setakat ini polis buka kertas siasatan sebagai mati mengejut, namun semuanya bergantung kepada laporan b3dah siasat yang akan diperoleh kelak.
“Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jnayah ditemukan pada ketiga-tiga mngsa di lokasi kejadian,” katanya.
Rekod yang diperoleh mendapati mereka mempunyai pasport dan bekerja di Pasir Gudang,” katanya.
Difahamkan, orang awam mulai curiga apabila kereta MPV terb4bit berhenti terlalu lama dengan pendingin hawa dimatikan sebelum melihat ada tiga individu dalam kereta yang berkunci dan tertutup rapat.
Lantaran itu, orang awam telah memecahkan tingkap di bahagian pemandu sebelum mendapat ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan kaku.
Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), Fb JohorPost