Dilap0rkan Hilang Wanita Sykur , Ibu Mertua , Adik Ipar Dan Anak-Anak Selamat Sampai.

Se0rang wanita meluahkan rasa syukur apabila ibu mentua, adik ipar lelakinya dan dua orang anaknya yang dilap0rkan hilang sewaktu bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu kini selamat dijumpai.

Syukur ibu mertua, adik ipar dan anak2 ditemui

Wanita dikenali Ah Pek meluahkan rasa syukur menerusi hantaran di Fb miliknya dengan memaklumkan ahli keluarganya berjaya ditemui hasil bantuan orang ramai.

Dia dan suami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat kerana telah membantu mereka sekeluarga untuk mengesan keberadaan ibu mertua, adik ipar dan anak-anaknya.

“Alhamdulillah ibu mertua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.

“Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai,”luahnya.

Posting media sosi4l ibu, adik ipar & anak2 hilang

Syukur dah dijumpai, terima kasih kepada semua terlibat

Wanita berkenaan menyatakan dia dan suami kini dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Kluang bagi menarik semula laporan polis yang dibuat mereka baru-baru ini.

Dia juga tidak henti berterima kasih kepada semua pihak terlibat kerana membantunya mencari ahli keluarga yang dipercayai hilang.

“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan. Yang bahawasanya kes sudah selesai. 

“Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan dan menyampaikan.

“Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulillah, syukur,”tulisnya dalam hantaran di Fb.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor, bersama anaknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4, dikesan keluar dari pulau peranginan itu sejak kelmarin.

Laporan polis turut dibuat dan ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad dengan menyatakan mangsa tidak dapat dihubungi bermula pagi 30 September lalu.

“Siasatan dijalankan dan mendapati semua mangsa pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September menginap di sebuah resort serta mendaftar keluar pada 1 Oktober jam 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,”menurut laporan Harian Metro.

Sumber” Fb Ah Pek,Hm