Dihin4 Kerja Sebagai Tukang Kebun , Bekas Suami Asyik Cari Alasan Nak Bergaduh .Isteri Baru Pun Jadi Mngsa Difitn4h Macam-Macam
Tiada persefahaman sering menjadi alasan perpisahan bagi pasangan suami isteri.
Bagi golongan muda, situasi yang dialami itu tidak mematahkan semangat untuk mereka mengejar kebahagiaan idaman dengan membina kehidupan baru.
Begitulah yang dilakukan lelaki ini apabila dia memilih untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas gag4l dalam perkahwinan pertama.
Beranggapan kehidupan barunya akan berjalan lancar seperti diidamkan, dia sama sekali tidak menyangka bekas isteri kembali mengganggunya.
Situasi yang dialaminya itu diceritakan semula oleh isteri yang turut diganggu dan terpalit dengan masalah dihadapi.
“Macam mana saya nak buat supaya dia (bekas isteri suami) berhenti ganggu? Dia ada masalah dengan bekas suami dia tapi kenapa melibatkan saya dan anak-anak saya.
“Setiap hari mesej cerita keburuk5n saya pada suami. Daripada awal perkahwinan sehingga sekarang, dia tak habis-habis dengan isu nafkah anak-anaknya,” luahnya .
Bagi menyelesaikan isu tersebut, dia kemudian meminta suami mendapatkan perintah mahkamah supaya wang nafkah dapat diberikan secara atas talian.
Malah katanya, sejak keputusan ditetapkan, urusan berkaitan nafkah berjalan lancar setiap bulan kerana bukti transaksi dapat disimpan.
Failkan injunksi, kalau dia teruskan gangguan sis boleh tuntut dia dikenakan tindakan mahkamah… saman berjuta-juta.
“Nafkah diberikan sebanyak RM500 yang mana RM300 dimasukkan ke akaun jandanya manakala baki ke akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional).
“Walaupun segalanya lancar, dia masih tetap mengganggu saya dan suami. Baru-baru ni dia tuduh kami sekat akaun SSPN anaknya sebab dia tak boleh buka.
“Kalau dah 24 jam asyik login akaun tu, memang akan tersekat… jadi saya kena buatkan password baru sebab akaun tu saya tolong suami buatkan,” ujarnya lagi yang turut tertekan dengan sikap wanita terbabit.
Malah dia turut meluahkan rasa sedih berikutan suaminya sering menjadi mngsa h1naan bekas isteri kerana kelulusan akademik dan hanya bekerja sebagai tukang kebun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan memberikan reaksi kurang senang terhadap bekas isteri tersebut.
Malah ada yang mencadangkan supaya pasangan suami isteri berkenaan menyekat nombor atau tidak mengendahkan mesej mahupun panggilan yang diterima.
“Lebih baik tak payah layan dan mute je mesej dia. Selagi melayan, selagi itulah dia mesej bukan-bukan.
“Nampak macam dia tak move on tengok laki awak tu bahagia sekarang. Jadi abaikan saja, yang penting nafkah anak tu dibagi.
“Macam bekas isteri orang yang aku kenali… dia kahwin baru tapi tak bahagia kemudian sakit hati tengok bekas suami bahagia.
“Failkan injunksi, kalau dia teruskan gangguan sis boleh tuntut dia dikenakan tindakan mahkamah… saman berjuta-juta, macam tu je racun untuk orang tu,” ujar beberapa warga maya.
Sumber:FB