Dihin4 Bakal Mentua Rumah Macam Kandang , Akhirnya Berjaya Bina Rumah Baru , Tiada Niat Tumpang Senang

‘Dihin4 bakal mertua rumah macam kandang.’ Akhirnya berjaya bina rumah baru, tiada niat tumpang senang bakal keluarga mertua. Tidak semua hubungan cinta diakhiri dengan perkahwinan.

Bertahun-tahun bercinta, akhirnya hubungan terputus dek kerana sikap bakal mertua. Kadang-kadang ibu atau bapa mertua membawa pengaruh besar dalam hubungan percintaan anak-anak.

DiHina Bakal Mertua

Beruntunglah bagi mereka yang mendapat mertua yang sporting dan tidak mengira asal usul keturunan. Namun ada juga segelintir mak ayah yang bersikap sebegini, memilih bakal menantu berdasarkan rupa, harta dan keturunan.

Nasib buruk ini turut dilalui oleh pengguna TikT0k Eytamin. Pengalaman sedih ditinggalkan bekas kekasih kerana tidak mendapat restu bakal ibu mertua mendapat simpati ramai orang.

Rumah Macam Kandang

Sudahlah dihin4 rumahnya seperti kandang, malah wanita malang ini juga ditinggalkan bekas teman lelakinya gara-gara hubungan mereka tidak mendapat restu ibu.

Tanpa disangka kisah sedihnya membuatkan dia bangkit daripada kedukaan seterusnya berusaha mencari semangat untuk berubah dan buktikan dia juga mampu berjaya.

Setelah berbulan-bulan dihina akhirnya Eytamin berjaya membina sebuah rumah banglo miliknya sendiri hasil usaha kerasnya selama ini.

Biarpun sedih hubungan cintanya gagal di tengah jalan, namun sikap buruk bakal ibu mertua “tak jadi” telah mengubah hidup Eytamin sekeluarga.

Tiada Niat Tumpang Senang

Alhamdulillah, ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Kejayaannya membina rumah hasil daripada titik peluh sendiri membuktikan dia bukanlah seorang wanita yang ingin menumpang kesenangan orang lain.

Malahan pada masa yang sama, beberapa pengguna TikTok turut berkongsi kisah yang hampir serupa dengan Eytamin iaitu ditinggalkan kerana miskin dan tak setaraf.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *