Dibelenggu Hutang RM1.2 Juta , Pemuda Ini Tolak Bantuan Aisar Khaled .
Selepas kisahnya dibelenggu hutang RM1.2 juta tular di media sosi4l, seorang pemuda tolak bantuan pempengaruh media sosi4l, Aisar Khaled yang ingin meringankan bebanannya.
Sebelum ini, Ariff atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut mendapat perhatian selepas terjebak dengan hutang tersebut sehingga terpaksa menjual rumahnya dan tinggal di dalam kereta.
Ramai individu tampil membantu pemuda berusia 27 tahun itu dengan menggunakan servisnya seperti membersihkan kediaman, menghasilkan poster dan banyak lagi.
Seperti orang ramai, pempengaruh media sosi4l Aisar Khaled juga mahu memberikan bantuan kepadaAriff namun pemuda itu tidak mahu menerima wang tanpa melakukan kerja.
Menerusi satu video yang dikongsi di laman Instagram, Aisar dilihat bertemu dengan Ariff dalam kereta yang menjadi rumahnya sejak dua tahun lalu untuk memberikan bantuan kewangan.
Namun begitu, Ariff menolak bantuan tersebut dan meminta Aisar untuk memberikan wang berkenaan kepada orang yang lebih memerlukan kerana baginya, apa yang dia ada buat masa ini sudah mencukupi.
Malah, Aisar mendedahkan sebelum ini dia pernah menghubungi Ariff bagi menawarkan kediaman namun ditolak kerana dia berjanji dengan bapanya untuk melangsaikan hutang itu dengan sendiri.
Ariff berkata, dia dibelenggu hutang kerana menerima tawaran untuk menjadi muka depan kepada satu syarikat pelaburan mata wang digital.
Namun disebabkan kejatuhan mata wang digital, pihak syarikat tersebut menghilangkan diri dan meninggalkan Ariff yang mengambil keputusan untuk menggalas kesalahan itu.
“Paling penting dalam hidup ni susah cari duit. Saya taknak ada masalah dekat akhirat, cukup ada masalah di dunia.
“Saya bayar dengan aset saya, rumah saya dan dengan kereta saya ni saya bangun balik,” kata Ariff.
Bagaimanapun, Ariff tidak mahu menerima bantuan kewangan kerana itu merupakan kesilapannya dan dia harus bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan terbabit.
Susulan itu, Aisar faham kehendak Ariff dan memberikan wang sebanyak RM5,000 kepadanya dengan balasan dia memberikan servis kepada pengikut di media sosial.
Menurut Ariff, dia masih mempunyai hutang sebanyak RM90,000 namun hutang itu mungkin akan selesai dibayar dalam tempoh terdekat.
Sumber: IG Aisar Khaled