“Dia Yang Penting , Nak Belajar””Dia Yang Penting , Nak Belajar” Mak Masuk Kedai Gajet Tunjuk Gelang Emas , Nak Gadai Beli Laptop Anak . Menangis Kenang Hadiah Anniversary.Gajet Tunjuk Gelang Emas , Nak Gadai Beli Laptop Anak . Menangis Kenang Hadiah Anniversary.
Seorang ibu akan melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan anaknya.
Terbaharu, hasrat seorang wanita yang mahu melepaskan seutas gelang emas demi membeli laptop untuk anaknya meraih perhatian ramai kerana kagum dengan peng0rbanannya.
Menerusi video yang dikongsi Nor Asiah Kamis di TikT0k hingga meraih lebih 1.6 juta tontonan, wanita itu datang ke sebuah kedai gajet untuk bertanya tentang harga laptop yang bersesuaian dengan bajetnya.
“Assalamualaikum. Makcik ni nak cari laptop kat anak. Orang habaq (beritahu) ada kat sini, makcik datang nak tengok macam mana bayarannya.
Kedai ini menawarkan kutu gajet secara ansuran bulanan.
“Kalau boleh tu, kalau cukup nak beli cash. Makcik kira nak bagi gelang je, gelang ni pakcik la beli untuk hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayang la.
“Dia (anak) yang penting. Dia nak belajar. Kita berk0rban. Nak tanya, tengok la, boleh ke tak boleh?” ujar wanita itu kepada peniaga kedai berkenaan.
Namun di sebalik rakaman video itu, kedengaran suara seorang wanita lain dipercayai peniaga kedai berkenaan menawarkan sistem pembelian gajet secara ansuran tanpa perlu menggadai gelang emasnya.
Acik bajet RM200 lebih sebulan… Acik seorang kerja, pakcik s4kit, tak sihat.
“Kalau kata makcik nak tolak gelang tu, saya rasa tak g4duh (perlu) la. Simpan la kot, ada benda lagi pentingkan nak beli? Saya rasa makcik join kutu la.
“Selain jual cash, kami buat kutu… macam kutu kain batik. Kami buat kutu gajet juga untuk telefon dan laptop. Kalau nak bayar bulan, boleh la main kutu.
“Main kutu senang sikit, tak gaduh (perlu) keluar duit seketul, cuma bayar bulan-bulan,” ujar peniaga kedai itu secara terperinci.
Pelanggan berkenaan kemudiannya berkata dia mempunyai bajet sekitar RM200 setiap bulan untuk membayar ansuran laptop berkenaan.
“Acik bajet dalam RM200 lebih sebulan. Acik seorang kerja, pakcik s4kit, tak sihat,” ujarnya lagi dalam nada sebak sambil mengesat air mata.
Setelah menjelaskan kemampuan kewangannya, peneniaga itu mencadangkan dia mengambil sebuah laptop berjenama Acer berharga RM2,000, dengan bayaran kutu RM200 sebulan selama 10 bulan.
Malah, ramai net1zen turut meluahkan rasa simpati dan mahu membantu meringankan beb4n wanita berkenaan.
Menjawab soalan net1zen, Nor Asiah berkata seorang individu sudah membantu wanita itu mendapatkan sebuah laptop untuk anaknya.
“Tak apa, dah ada orang baik sedekah laptop,” ujarnya di ruangan komen.
Sumber:mstar