“Dia Pun Boleh Pulang Awal Dan Rehat”Tak Sampai Hati Tengok Peniaga Berdiri Di Kaki Lima , Zara Zya Borong Gula Kapas.

Kasihan melihat seorang peniaga berdiri lama menanti pelanggan, pelakon Zara Zya mengambil pendekatan memborong semua makanan ringan yang dijual.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, memberitahu dia menghabiskan RM100 untuk membeli semua gula-gula kapas dan keropok yang dijual peniaga berkenaan.

Katanya, niatnya tiada lain selain ingin bersedekah dan membantu golongan memerlukan pada waktu sukar ketika ini.

Zara berasa kesian dengan peniaga kerana berdiri lama menunggu pelanggan.

“Saya tengok budak itu berdiri lama, macam kasihan pula tengok dia. Jadi saya beli semua, dia pun boleh balik awal dan berehat.

“Semuanya dalam RM100… Niat saya untuk bersedekah dan membantu orang yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Zara ada memuat naik hantaran di Instagram yang memperlihatkan dia membeli kesemua gula-gula kapas dan keropok yang djual di kaki lima di hadapan sebuah bank.

Peniaga berbangsa India itu kemudiannya dilihat mengucapkan terima kasih lalu melambai-lambai kepada Zara ketika dia beradar dari situ.

Tindakan Zara membantu peniaga kecil itu mendapat perhatian warganet yang menyifatkan tindakan aktres itu wajar dipuji selain seorang yang pemurah.

Niat saya untuk bersedekah dan membantu orang yang memerlukan.

Melihat ke ruang komen, rata-rata peminat memuji sikap ditunjukkan Zara malah ramai mendoakan agar aktres itu sentiasa dilimpahkan rezeki.

“Untuk Zara, semoga sentiasa dimurahkan lagi rezeki dan terima kasih kerana tolong adik itu.

“Teruskan saja buat kebaikan… Semoga jadi asbab ketenangan jiwa,” komen pengikutnya.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *