“Dia Boleh Saja Jumpa Dan Tanya Makcik Saya” Pemilik Gerai Seafood Rupanya Ibu Saudara Beego , Linda Tegur Tindakan Terburu-Buru Ekin Viral Caj Mahal

Isu gerai makan mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut yang dibangkitkan usahawan selebriti Ekin menarik perhatian ramai net1zen termasuk pelak0n Linda Hashim.

Tampil mengulas tindakan Ekin membangkitkan perkara berkenaan di media sosi4l, Linda atau nama sebenarnya Nor Hazlinda Hashim, 39, memberitahu kedai makan itu adalah milik ibu saudara kepada suaminya iaitu Beego dikenali sebagai Mak Watie.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Linda bagaimanapun mengakui kesal dengan tindakan terburu-buru Ekin memuat naik dan menularkan kedai yang terletak di Medan Selera Tepian Tebrau, Johor itu.

Linda berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Dalam hal ini, Linda berkata Ekin sepatutnya bertemu pemilik gerai terlebih dahulu sebelum membangkitkan isu itu di media sosi4l.

“Saya sebenarnya bukanlah marah dan saya pun tak mahu berpihak mana-mana pihak kerana saya tiada di tempat kejadian.

“Cuma kalau itu bukan mak cik saya sekali pun, kenapa dia (Ekin) bertindak seperti itu. Kalau saya berada di tempat dia, apabila tak berpuas hati, saya pergi semula ke kedai itu untuk menyelesaikan dengan cara baik.

“Dia boleh sahaja berjumpa mak cik saya dan bertanya semula dengan caj bayaran yang dikenakan… saya rasa tindakan dia memuat naik di media sosial agak terburu-buru,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Ada sahaja pelanggan yang merasakan makanan di kedai mak cik saya murah dan begitu juga sebaliknya.

Mengulas lanjut tentang caj harga yang dikenakan, Linda mendedahkan ibu saudaranya itu sudah lama berniaga dan gerai itu menerima pelbagai maklum balas daripada pelanggan.

“Selama berpuluh tahun berniaga, biasalah macam-macam maklum balas yang diterima daripada pelanggan.

“Ada sahaja pelanggan yang merasakan makanan di kedai mak cik saya murah dan begitu juga sebaliknya, bergantung kepada penilaian masing-masing.

“Bagi saya, ada pelanggan yang berpuas hati dan ada yang tidak berpuas hati… ia sesuatu yang normal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Linda memberitahu tindakannya menulis komen mempertahankan ibu saudara bukanlah bermaksud mahu mengeruhkan hubungannya dengan Ekin.

Sebaliknya, dia hanya mahu mengingatkan isteri kepada penyanyi Mawi itu supaya tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara kerana dibimbangi boleh memberi kesan tidak baik kepada pihak lain.

“Saya kenal Ekin, malah Mawi pun baik dengan Beego… kami tidak mempunyai sebarang masalah.

“Betul mungkin dia (Ekin) tiada niat untuk menjatuhkan bisnes orang lain, tetapi dia mungkin terlepas pandang video yang dimuat naik sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada peniaga.

Ekin terkejut dengan caj bayaran oleh pemilik kedai makan.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, Ekin memuat naik hantaran di media sosial kerana terkejut dengan caj RM1,260 yang disifatkannya cekik darah oleh pemilik sebuah kedai makan.

Katanya, sebagai anak jati Johor yang biasa menikmati makanan di sekitar tempat sama tidak pernah dikenakan harga yang tidak berpatutan.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *