“32 Tahun Ibu Jaga, Sampai Hati Kamu Bvnuh…”Isteri M4ti Dibvnuh Di Bilik Hotel, Ibu Soal Menantu

ibu soal menantu “32 tahun ibu jaga, sampai hati kamu bvnuh…”. Kemati4n seorang isteri di tangan suami yang mahu memutuskan soal perceraian antara mereka di sebuah bilik hotel di pekan Batu Gajah cukup menggemparkan.

Nisya Shahkila Shaharun, 32 yang diuji dengan masalah rumahtangga pergi menemui suaminya bagi menyelesaikan masalah antara mereka sebelum berakhir dengan kemati4n akibat ditikam.

Selepas menikam isterinya hingga m4ti, Hairil Anaas Abdullah,37 yang juga bekerja sebagai pemandu lori pergi sendiri ke balai polis sebelum ditangkap.

Hari ini, tertuduh Hairil Anaas Abdullah,37, dihadapkan ke mahkam4h atas pertuduhan membunvh hingga menyebabkan kemati4n terhadap Nisya Shahkila Shaharun, 32, bulan lalu.

Namun apa yang menyebakkan tatkala melihat wajah tertuduh, ibu Nisya iaitu Rozita Radzuan, 56 dilihat gagal mengawal emosi sebaliknya menyoal perbuatan tertuduh.

Dirinya yang berjalan dalam keadaan dipapah ahli keluarga melahirkan kata-kata kesal kepada menantunya yang dalam keadaan bergari dan diiring pihak polis tatkala melihat tertuduh dibawa keluar dari Lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah.

“Anaas sampai hati sanggup kamu bunvh anak ibu. Nisya itu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” katanya dalam nada sebak.

Memetik lap0ran Malaysia Gazatte, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin kerana kes bvnuh adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, penganggur itu did4kwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Pekan Batu Gajah antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, pada 20 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman m4ti, jika sabit kesalahan.

Pend4kwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Tiada ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh, dan mahkamah menetapkan 9 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat, dan DNA (ujian asid deoksiribonukleik).

Ketika prosiding berlangsung, ia turut dihadiri ahli keluarga mangsa termasuk ibu yang mengenakan pakaian berwarna gelap.

Motif pembunuhan dipercayai kerana lelaki berkenaan tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan cerai menerusi fasakh walaupun telah dipujuk.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *