Detik Suka Jadi Duk4 , Graduan UniSZA Menangis Terima Khabar Tentang Kematian Bapa 15 Minit Sebelum Naik Pentas.

Siapa sangka, detik yang sepatutnya menjadi kenangan paling manis buat gadis ini bertukar duk4 apabila dia menerima berita kemati4n bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas untuk menerima skrol.

Haslina Kalang, 23, graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) Universiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA) menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah pada pukul 10.30 pagi, memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia.

Dia ketika itu sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, pada Isnin.

Haslina menggagahkan diri menaiki pentas untuk menerima skrol.

Haslina ketika ditemui berkata, dia sememangnya berat hati untuk hadir ke majlis konvokesyennya kerana risau dengan keadaan kesihatan bapanya susulan diserang str0k.

“Ayah suruh saya datang juga konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

“Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik.

Haslina menambah, dia mengambil keputusan untuk menjaga bapanya secara sepenuh masa selepas tamat belajar dan belum bekerja di mana-mana tempat.

“Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya reda dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini,” katanya.

Haslina tiba di Terengganu dua hari lalu dengan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyennya.

Rakan-rakan turut menenangkan Haslina yang tidak dapat menahan tangis.

Sementara itu, pihak UniSZA bermurah hati menyampaikan sumbangan wang tunai RM2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau pada hari ini.

Haslina yang sepatutnya menaiki penerbangan ke kampung halamannya pada esok bergegas pulang sebaik sahaja majlis konvokesyen selesai.

Sumber:Mstar