Suami tinggalkan isteri derita k4nser rahim tahap empat, tiga anak rindu nak sekolah semula
Tergam4knya Itulah perasaan yang dapat digambarkan apabila seorang suami tinggalkan isteri yang kini sedang men4nggung derita kanser rahim tahap empat bersama anak-anak yang masih kecil.
Menerusi perkongsian di Fb 3rd Force Pasir Mas, wanita dikenali Puan Norazah ditinggalkan suami sebaik sahaja disahkan menghidap kanser rahim tahap empat.
Difahamkan, dia kini dibawa pulang oleh adik, Aziz ke Kg Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan kerana tidak mampu melihat wanita itu menanggung derita seorang diri.
“Puan Norazah disahkan mengidap kanser rahim empat tahun yang lepas dan disahkan kanser tahap empat.
“Pada masa itu Puan Norazah dan anak-anak.masih berada di Johor. Semasa sihat Puan Norazah mencari rezeki dengan membuat dan menjual kuih di sana,”katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sudah tidak mampu bergerak sendiri dan terpaksa merangkak untuk pergi ke tandas.
Suami tinggalkan isteri derit4 kans3r rahim
Aziz berkata, meskipun dia hanya bekerja kampung, dia tetap akan cuba menjaga kakaknya dan tiga anak saudara dengan sebaik mungkin.
Katanya lagi, kesemua anak saudaranya masih belum bersekolah setelah tiga bulan menetap di kampung halaman kerana berdepan dengan beberapa kekangan.
“Anak-anaknya dulu bersekolah di Johor tapi setelah tiga bulan di kampung, anak-anaknya masih belum bersekolah kerana Puan
Norazah tidak mampu dari segi kudrat dan kewangan untuk menguruskan pertukaran anak-anaknya bersekolah di Pasir Mas,”
Mereka juga berharap agar mana-mana pihak berkenaan sudi menghulurkan bantuan memudahkan proses pertukaran sekolah anak-anak Puan Norazah yang sudah rindu akan alam persekolahan.
“Kami bertanyakan ketiga-tiga anak Puan Norazah, “Nok sekoloh dok?”
“Ketiga-tiganya mengangguk laju,”kongsinya lagi.
Sumber: hm