Wanita hilang dua zuriat depan mata ketika mahu ziarah kubur suami“Ya Allah, anak aku..”

wanita hilang dua zuriat depan mata ketika dalam perjalanan menziarahi kubvr suami yang mninggal dunia 10 bulan lalu akibat komplikasi s4kit.

Ibu tunggal, Norizan Ujak, 40, akui tidak kuat apabila dua anaknya m4ut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, pada petang Isnin.

“Saya tak kuat, baru 10 bulan abah mereka pergi, ini pula saya kehilangan dua anak,”katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, mninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hspital Melaka.

Lebih menyedihkan, Norizan sendiri menjadi s4ksi nahas membabitkan anaknya di depan mata berkata, dia hanya mampu menjerit

‘Ya ALLAH anak aku’ apabila melihat motosikal yang ditunggangi anaknya merempuh tong sampah pukal roro berwarna biru menyebabkan mereka terpelanting.

Norizan berkata, ketika kejadian dia mengekorinya mngsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.

“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwh suami yang mninggal dunia akibat komplikasi s4kit termasuk kencing manis.

“Kami rancang lepas ziarah nak makan bersama selepas itu, namun tak sangka berakhir dengan tragedi,” katanya.

Ibu anak tiga itu berkata, lebih menyedihkan dia nampak depan mata tong roro yang diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.

Lebih dikesalkan tong sampah pukal yang diletakkan di bahu jalan untuk membuang sis4 pokok ditebang did4kwa tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.

“Malah ketika kejadian tak ada se0rang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecu4ian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mngsa,” katanya lagi.

Bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu, arwh anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.

Sumber:hm