Dengan sekali lafaz, Pelakon Redza Rosli sah jadi suami kepada Bella Hanna

Redza Rosli sah jadi suami kepada aktres baharu, Bella Hanna dengan sekali lafaz sekitar jam 4.05 petang, sebentar tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Melodi TV3, pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin wanita, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Difahamkan, Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin berbentuk wang tunai berjumlah RM3,000. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan.

Bukan itu sahaja, aktor yang berusia 32 tahun itu turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan yang bertemakan warna putih tersebut diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan terdekat.

Sumber: Ig